CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

17 August 2010

Pertama kali ...dalam masa 5 tahun









Setelah 5 tahun menanti barulah aku berpeluang dapat berbuka puasa dan bersembahyang terawih di sekolah Angah, SEPINTAR.

Sebenarnyai kami pernah lakukan sewaktu angah di tingkatan 1, kami berbuka di ruang lobi..... tapi kami kena tegur dengan pak jaga. Dia kata pengetua tidak benarkan parent berbuat demikian. Aku akur.... Dan Angah sendiri kena tegur dek pengetua ...kalau tak silap laa kerana berbuka di kawasan sekolah bersama keluarga. Menceroboh tu....

Tapi setelah 5 tahun.... pengetua bertukar, keadaan ini berubah.....aku rasa sewajarnya ianya dibenarkan, apa yang aku lihat muka anak aku manis sangat, begitu juga dengan kawan-kawan angah yang lain. Mesra pelanggan betul pengetua ini.










Malahan selesai berbuka, aku dan keluarga bersembahyang maghrib dan kemudian aku solat Isyak dan bersolat terawih. Sewajarnya perkara ini berlaku sejak dulu lagi. Namun ianya bergantung kepada pengetua. Semoga anak aku dan semua teman-temannya akan berjaya dalam SPM 2010 dan kepada pihak pentadbiran yang mesra pelanggan aku doakan sekolah ini akan terus berjaya dengan cemermalang






Sejajar dengan slogan, DI SINI PEMIMPIN DI LAHIRKAN, hidup SEPINTAR.

0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...