CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

13 August 2010

( Masjid Gerisek ) Pattani..... Wilayah Bergolak



Walau pun aku hanya berada di kawasan Pattani selama 8 jam, namun aku aku dapat merasakan kawasan ini bergolak. Manakan tidak, sepanjang perjalanan aku menuju ke Masjid Gerisek, setiap beberapa kilometer ada pos kawalan tentera, lengkap dengan senjata, kubu pasir, laluan berhalang dan pondok kawalan di atas jalan raya. Mana ada di Malaysia seperti begini.

Aku dan kawan-kawan rasa yakin dan percaya bahawa pada waktu malam tentu sukar untuk bergerak.

Syukur aku berada di bumi yang bertuah ini, Malaysia..... bebas hendak ke mana-mana. Bahkan pada kami tiba di sana, masjid ini tidak boleh digunakan untuk melaksanakan ibadah sembahyang Jumaat, hanya sembahyang 5 waktu sahaja, walhal masjid ini telah berusia melebihi 400 tahun.

Sebenarnya aku nak cerita, bahawa di sinilah gugurnya syahid 20 umat Islam yang mati ditembak mati ketika menunaikan sholat subuh.

Semoga roh mereka diangkat bersama-sama para syuhada. Amin











0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...