CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

17 August 2010

Ia berdiri di situ sudah 5 tahun.




Kini tahun 2010, jika ditoleh ke belakang 5 tahun dahulu bermakna ia berdiri di situ semenjak tahun 2005 lagi. Aktiviti aku akan membunyikan hon kereta sambil melambai-lambai tangan dan ia akan membalas lambaian tanda perpisahan.

Di situlah tempatnya takala kami berpisah. Kadang-kadang dalam cuaca baik, suram mahupun hujan. di situlah tempatnya.

Di situ ada keriangan, di situ juga ada kegembiraan,di situ juga ada kegusaran, di situ juga ada kemuskilan, di situ juga ada kesedihan, di situ juga kerisauan dan di situ juga ada lelehan air mata serta tangisan. Aku juga hampir lali dengan segala peristiwa ini, tapi aku tahu setiap peristiwa itu ada pengajarannya.



Mungkin ia tidak sangka akan berdiri di situ selam 5 tahun, jika ia tahu....mungkin tidak mahu di situ selama 5 tahun. Walaupun dia sendiri beriaya-iya yang ingin di sana dan akhirnya berdiri di situ.

Seingat ingat aku sendiri, selama 5 tahun dia berada di sana, hanya 4 kali aku tidak melihat dia di situ, ini bererti bahawa sepanjang 5 tahun, tiap-tiap minggu akan hadir sepanjang 5 tahun kecuali 4 kali. Sebenarnya aku sayangkan dia.



Dia sebenarnya Cik Siti Hawa binti Abu Bakar, anak aku yang bersekolah Di Sekolah Berasrama Penuh Intragrasi Rawang ( SEPINTAR ), Rawang, Selangor. Perjalanan dari tempat tinggal aku kira-kira 1 jam 15 minit aje.



0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...