CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

14 June 2010

Siapa gadis Tu !! Tapi rasa Kenal.

Penat juga berjalan dari bas station ke kedai gambar antarabangsa. Minggu depan kena asigment kena hantar. Kalau tak hantar tak lulus pulak, malu pun ada pada kawan-kawan.... budak perempuan pun siap. Dan satu lagi kalau nak hantar bukannya deiapa tukat, Ipoh tu... naik bas. Tak apa laa untuk masa depan. Buat aje janji siap.

" Tauke.... 3 hari siap ye cuci. saya mau bikin asigment ", Tegas aku. Alaa kalau aku tak ingatkan pun dia akan buat 3 hari juga. Dah lama aku berurusan dengan kedai ni. Kopak juga duit aku pasal kerja. Tapi bukan aku aje... semua orang kena macam aku. " Okey tauke.... Selasa nanti saya datang", pesan aku sambil berjalan keluar. Huh.. cuaca panas betul... minum laaa dululah ulas hati sambil menuju ke kedai Restauran Naim Sani. Sekarang dah tak ada lagi. Kini jadi Kedai kek.... betul-betul depan kedai KFC lama. Panas-panas.

Opp..... rasa kenal budak perempuan tu. Ooooooo budak SDH. Budak 5 Rodziah. Yaaa memang betul budak 5 Rodziah. Kelas sebelah. Aku dulu 5 Lamsah.

Buat ape yerr budak ni kat sini. Minum seorang-seorang. Panas kut. Dulu dia ni masuk form 6 sama aku, tapi lepas tu berenti. Kerja kilang kut. Cuti kut dia hari ni...... emmm suka nati dia laaa. nak tegur ke tidak... nak tegur ke tidak. Tegur aje laaa, alaa kami pun dah dewasa. nanti kata aku sombong pulak.

" Aaaa........ 5 Rodziah yer ". sapa aku. " Ya..... ujarnya ringkas aje, sambil aku berdiri di sebelah dia. tak ajak aku duduk ke...... aku pun panas. Aku pun haus. nak cerita apa ? Nak cakap apa ? Nak kata apa ? Macam termalu aku...... kalau tau tak payah tegur, diam aje dia. Alamak......... nak buat apa ni........ aduh.

Nak cerita apa ni..... nama dia .... alamak atku pun tak tau, tapi betul laa dia 5 Rodziah.... memang laa aku kenal tapi tak pernah sembang pun sejak form 1, Betul..... secret admirer pun tak ada. Malunya aku ni...... tapi kalau ditengok-tengok orait juga budak ni. Cantik laaa... tapi dia duduk diam .... alamak

Akhir terpancullah kata-kata........" Sekarang kat mana......." sunyi aje ......... " Sekarang kat mana..... ulang aku sekali lagi ....... tak sungguh-sungguh, sekadar nak elakkan malu. " Kenapa...... nak tau .... " ujarnya sambil minum. Tak pandang pun aku. Aku tau laa ko kerja kilang...... dulu la. " Saja tanya.... lama tak jumpa". Tegas ku. " Sekarang kat IB...... " katanya dengan selamba. " Awak kat mana...... ? katanya sambil memandang aku kali ini..... Wow cantik laaa budak ni, bila aku dapat menatapi wajahnya secara terus dengan jarak 2 atau 3 kaki ..... cantik budak ni. Terkedu aku dibuatnya. Betul kata orang tua..... bila mata bertentang mata, lidah kelu nak berkata. Mak nak buat apa ni....... " Aku kat IPSI " kata aku tersekat-sekat. " sama laa taraf kita...... aku faham kami kat Institiut dan bukan maktab. Budak ni nak jadi cikgu..... sama macam aku juga.

" Buat apa sekarang ni....?" tanyanya pula. " Kat IPSI...: jawab ku ringkas. " Sama macam aku....nak jadi jadi juga la, baguslah tu...tak ramai budak lelaki yang nak jadi cikgu " katanya dengan panjang lebar. Aku hanya diam dan mengangguk angguk kepala.

" Dah kawin ke..... ? tiba-tiba terkeluar kata yang di luar kotak kepala aki tepi mejau. Sepi seketika. aku tetap lagi berdiri di tepi meja. Tak ada insuran betul mulut aku ni. " Belum lagi.... masih belajar , mana boleh kawin !" katanya kepada sebagai menjawab soalan bodoh. Aku pun tau bahawa belajar nak jadi cikgu mana boleh kawin. " Tapi dah bertunang kut....... " kata aku seolah-olah nak dapat maklumat lebih panjang. " Pun belum...." jawabnya ringkas. " Kalau macam tu boleh laa aku pinang....." kata aku tanpa. macam beriya-iya sangat. " Kalau berani pinang laaaa....." jawabnya dengan selamba. " Betul ke ?" jawab aku. "Betul laa..... kalau berani pinang laaa" jawabnya bersungguh-sungguh. Terkedu aku.

" Boleh tanya tak....... siapa yer nama awak, aku hanya kenal ko budak 5 Rodziah..... " ujar aku dan barulah aku teringin nak tau namanya. Tercengang-cengan ....... dia, mungkin dia terkejut aku tak tau namanya. " Okey minggu depan aku masuk meminang......jawab ku, walaupun aku belum tau nama dia " jawab aku. Aku terus mieninggalkan budak perempuan tu, walaupun asalnya aku haus ......





0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...