Sakit betul rasa leher ni..... tak apa nanti sapu minyak gamat krim susu kambing bila dalam kereta. Harap-harap lega. Mana taknya, duduk no. 2 dari baris hadapan. Mendonggak aje kepalanya. tapi bukan laa aku seorang. satu keluarga aku. Termasuk lah keluarga yang lain. Pasangan lain pun sama termasuk yang tak ada pasangan dan tak bawa keluarga. Teringat masa kecik-kecik tengok wayang panggung Tanjong Karang. Tiket 45 sen aje.....murah. Kalau SiGonderong Dari Gua Hantu melibaskan parang dia, mau mengelak..... macam betul-betul tu.
Sebenarnya daripada awal lagi aku tak nak. Tapi bila tengok anak dara aku Siti Hawa merengek ajak pergi.... laaa. Lagi pun dia dah banyak kali pijak-pijak badan aku. Sedap la kalau dia pijak. Tak berat tak ringan.Kora okey laa. lagi pun dia nak beli sehelai baju ... kat FOS katanya. Murah kut kat situ. Adam pun cakap dia nak kasut sukan. Tengok laa nanti.... kalau bersesuaian abah belikan.
Memang pun bila sampai sana... hawa dah servey dulu, sampai kedai terus sambar aje. Cantik juga baju yang hawa pilih. Entah berapa harganya.... RM18.90 kut selepas less 70%, lupa laaa. Adam terkial-kial cari kasut.... dapat baju yang pada pandangan aku okey tapi dia kata tidak. Warna tak bersesuaian katanya. Kensel. Cari kasut....... tak nak pulak diadora..... atau line7, abah tau dia nak pergi kedai Al-Ikhlas cari adidas. aja buat bodoh. Konon bila kat u nak main...putsal ke, kayak ke... boal sepak ke...... Bagus bersemangat. Sebenarnya tak ada benda tu, sikit sangat.... semua orang sibuk study, dan baca buku dan buat assigment. Abah pesan, PNGK kena tinggi awal semeste. Kalau tak susah nak kecap.
Puncanya pagi tadi bila aku dengan anak-anak aku adam dan ibrahim membersihkan daun pisang, dah tau ada sarang tebuan. Nampak dah, dan buat kerja jauh-jauh.... tapi tengah buat kerja kena bedal juga telinga aku. Bedengung laa telinga aku. Sakit betul.... tapi tahan. Isteri aku sapu minyak gamat krim susu kambing. Panas campur sakit. Tapi aku tahan juga...nak siapkan juga supaya esok tak banyak sangat. Sakit woooooo
Ni baru balik tengok wayang laaa...cerita The Karate Kid. Syok laa. Menarik dan lucu. Rugi tak tengok. Lebih best kut daripada lagenda budak setan..... cerita budak lelaki berebut perempuan. Lemas aku tengok cerita tu. Sebelum tu nak tengok kat Langkawi, mak ai... mahal betul teketnya RM11 berbanding dengan kat Jaya Jusco.... RM6 tapi hari Rabu laaa... hari ini hari rabu laaa ......berapa tu ...jimatRM30 laaa
Bila sampai rumah aje.... terus buat colok dan bakar sarang tebuan. Dalam hujan tu ... membakar sarang tebuan. Geram kut...sampai tak boleh tunggu malam esok. Besar sarangnnya... lebih besar daripada kepala ibrahim.
Sakit telinga aku.... Bedengung
16 June 2010
Bedengung Telinga Aku
Dicatat oleh Abu Bakar Bin Haji Semaat di 11:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment