CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

25 June 2010

Hah...RM2500.,... ?

Hari itu..... 18. 10. 1987.

Alaaa mak, Busu Piah belum sampai...gerutu aku, ai... belakang rumah pun tak sampai lagi. Mekap lebih kut. Mak Cik Yam dah lama sampai. Semua tunggu Busu Piah. Kereta dah sampai. Barang semua dah siap. Emak pun dah siap. Bapak ada duduk kat tangga sambil membetulkan serban dia. Banyak juga pengalam hidupnya dicurahkan keapada aku. Semoga menjadi lelaki yang sejati. Dipimpin supaya menjadi manusia yang sentiasa berfikir dengan waras dan banyak bersabar dalam menempuh kehidupan. Katanya dalam kehidupan ini, jangan lukakan hati orang, terutama perempuan.....luka hatinya bagaikan dihiris dek sembilu. Aku pernah tanyakan anak aku... tau apa simbilu. Semua gelengkan kepala...haha siapa tau

" Napang terkeruhing Abu....... " Tiba-tiba satu suara daripada belakang aku yang sedang bersandar di tiang rumah. Aku tau itu suara Busu Piah. Dah datang laaa tu. Aku termalu-malu mungkin kerana dia perasan yang aku sedang berfikir atau membayangkan sesuatu yang indah. " Eeh ajak...... " Sampuk pulak makcik Yam yang dari tadi memandang aku. Aku perasan. Daripada tadi aku perasan bahawa aku telah menjadi tumpuan. " Hah ...jom dah lama Pak lang Din tunggu tu. Dah kira semua barang yang nak di bawak....nanti tertinggal pulak " Ulas bapak kepada emak. " Dah bawak masuk semua barangnya....." Ulas emak kepada bapak.

Dah lama Van Mazda Bongo dipakir, bapak duduk dihadapan sekali bersebelahan Pak Lang Din yang juga pemilik van. Memang ramai yang menggunakan perkhidmatan van ini kalau ada aktiviti yang memerlukan pergerakan agak jauh. Bapak memandang aje dari dalam van.,sesuatu yang aku rasa mengerti..... terima kasih bapak. Van begerak dan mula membelok ke jalan besar daripada laman rumah aku dan aku memerhatikan tanpa sepatah ucapan yang keluar daripada mulut aku. Terima kasih semua. Emak melambai-lambaikan tangannya sambil memandang tepat muka aku sewaktu van mula bergerak. Terima kasih emak. Hati aku mula berdebar-debar sejak awal lagi kian kencang.

Debaran hati aku membuat aku mula berfikir apa yang harus aku buat. Hah .... baik aku berkubang dekat parit. Air parit pun dalam ni. Tentu seronok. Jomlah mandi...... kata hati ku.

Jam dah 5.30 petang. Tak kan tak balik lagi. Sejuk betul aku ni ..... dah dekat 2 jam aku berkubang dekat parit depan. Kenapa ye bapak tak balik lagi. Memang kena lama ke..... atau gagal ke operasi mereka. Aduh........

Tit..tit, tit..tit tiba-tiba kedengaran bunya hon ....jelas bapak dah sampai. Aku memerhati daripada dalam rumah. Cepat-cepat aku turun dan cuba membantu bapak dan emak untuk untuk mengangkat barang. " Ada lagi kat belakang tu..... kang Pak Lang Din bawak balik baru tauc" pesan Busu Piah. Aku diam dan mengangguk aje. Memang betul pun....lagi pun barang tu untuk aku. Oooooo buah-buahan. " Semua barang bawak naik ke rumah" pesan emak aku lagi. " Naik laa kak.....boleh kita makan kek dan buah ni...banyak " pelawa emak aku kepada Busu Piah dan mak cik Yam supaya masuk ke dalam rumah. " Tak payah laaa Nah..... kami pun dah kenyang ni.... kan tadi dah makan kat sana. Nak solat Asar " Ulang mak cik Yam. Pak Lang Din dah lama balik, siap aje barang keluar daripada van, baliklah dia.

" Macam emak......." sebaik saja emak duduk bertimpuh depan aku. Emak diam aje. Aduh apa ni.... " Ok mak......." Ulang sekali aku kepada emak. " Ai.....macam tak menyempat aje " sampuk bapak ku pula. " Biar laa emak duduk dulu... pergi ambil air masak emak nak minum " Sampuk bapak apabila melihat telatah aku daripada tadi yang tak tau duduk diam.

" Diterima ....." sampuk emak waktu aku mula nak bangun.

" Hantarannya RM2500...." kata emak. " Hah RM2500..... " jerit aku.

Oooooooooooooooo pinangan aku diterima. Amin. Tergolek aku kat ruang tamu.

Amin




0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...