CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

27 June 2010

Aku tau........suasana semakin tegang

Petang itu aku dapat mesej daripadanya...... datang awal yee...nak bisik laaa

Jam 4.30 petang, aku sampai di sana........ jom kita fly, nak beli pen laaaa, itu lah ungkapan yang selalu diutarakan bila ada sesuatu masalah telah wujud di antara kami. Keluarkan barang dulu dan letakkan di pintu pagar masuk. Itu juga lah kelaziman yalu berlaku. Dah 5 tahun perkara ini berlaku. Bukan saja setiap minggu selama sebulan, tetapi selama 5 tahun telah berlaku. Aku faham jalan mana yang berlubang dan kalau dipejamkan mata..... aku tahu mana aku perlu membelok.

Bersama keluarga aku.... kami fly dan pilih satu kedai yang istimewa, kami makan.... tetapi pada satu saat kami berdua bangun dan berbicara di meja yang terasing, berbincang dan melepaskan masalah kami yang terbuku. Banyak perkara yang kami bincangkan... banyak hal yang perlu dilakukan, adanya motivasi dan perlu tahu pencapaian. Harapan kami semoga succes dan akan mencapai kejayaan. Walaupun singkat, kami rasa sedikit masalah telah terlerai. Insy Allah.

Kami makan kembali..... dan kembali ke sarang.

Harapan aku semoga semua masalah ini akan terlerai di bulan Oktober 2010 dan akan mencapai kejayaan


26 June 2010

Muhammad Adam

Semalam bila aku tengok daripada jauh......... memang itu anak aku. Muhammad Adam.

" Betul ke Burn...., ko boleh pergi Ipoh ni....... 3 minggu tau " Ulang Guru Besar bila aku bersetuju untuk menghadiri kursus di Ipoh, kursus Kemahiran Manipulatif, satu sukatan yang baru di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Aku terpilih untuk mewakili daerah Hulu Langat, 3 orang aje. Sebenarnya aku dah maklumkan kepada isteri yang baru mengandung 6 bulan. Kata dia ok. Maklumlah kursus ni dijalankan pada cuti akhir tahun dan tentu isteri aku balik kampung. Ada orang jaga.

Memang seronok kursus..... ada yang nak tingkatkan ilmu, dan ada yang mencukupkan jumlah hari kursus untuk kenaikan pangkat dan ada yang nak round-round Ipoh di samping menyiapkan tugasan kemahiran manipulatif. Guru-guru wanita menyiapkan tugasan dengan membeli barangan di kedai cenderamata, cikgu laki....janji siap. yang mana rasa boring kursus, suruh suami hantar teligram ....anak sakit, makcik meninggal dunia agar dapat balik sekejap. Hantar bekalan kut.... hahahaha Masa belajar lukisan teknik paling memboringkan....... sebab tak tau lukisan teknikal...... Sama juga dengan aku......tak ada ke taligram untuk aku, asyik dia orang aje...terutama guru wanita. Kursus dah nak masuk 2 minggu.

" Encik Abu Bakar bin Semaat...... ada taligram, isteri sakit.... boleh balik " suasana sepi mencecah kesunyian waktu belajar lukisan teknik. " Balik BURNNNNNNNNNNN...... taligram dah sampai....." jerit serentak guru-guru yang sedang belajar. " Dah tau DAHHHHHH ....... bila ko suruh isteri ko hantar taligram " Sampuk Cikgu Haji Senin dari SK Sungai Binjai, Meru Klang. Semua ketawa....macam aku ketawakan kawan kawan aku yang lain. Aku pun sebenarnya terpingga bila ada taligram mengatakan isteri aku sakit. Sungguh aku tak buat kerja tu... suruh hantar taligeram untuk hantar RESEN. Jam dah pukul 2 petang.

Kunci kerata aku kat Cikgiu Shahdan..... kata dia Dollah dari sekolah SK Sungai Burung pakai kereta. Mana pulak cikgu Dolah ni,,,,, ah aku ambik buat keputusan balik terus boce teksi aje. dari Taman Cempaka terus ke Medan Kid. Daripada medan kid Ke Sabak Bernam . Sewanya RM125. Ok laaa tu. Dari Sabak Bernam ke Tanjong Karang. RM45.

Betul ke isteri aku sakit. Hari itu okey aje..... tak kan nak bersalin, baru 7 bulan. Jam dah 6.30 petang aku sampai di Hospital Tanjong Karang. Bila aku jumpa kaunters... misi kata isteri aku dah di bawa ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang.

EEEEEHHHHH..... ni betul-betul...... ni


Nanti sambung lagi laaaaa


Aku, Keluarga dan UMNO





Semuanya bermula pada tahun 1995 selepas aku pulang berkhidmat dari daerah Hulu Langat.

Aku tak atau apa itu UMNO, tapi aku mula mengenali perkataan UMNO apabila dalam sejarah SPM dan STPM mengenalkan aku kenapa penubuhan, perjuangan, pejuang yang ingin memastikan supaya Tanah Melayu bebas daripada penjajah yang berada lebih 400 tahun dengan mengalirkan hasil tanah Melayu keluar. Aku skor juga SPM dengan A2 dan STPM dapat B. Ok laa tu. Terima kasih kepada Dato Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dan semua pejuang kemerdekaan. Semoga Allah merahmati kehidupan mereka ini. Amin.

Aku mula berada di pentas UMNO apabila Ustaz Abd. Hadi menjemput aku menjadi pengacara majlis perasmian UMNO Cawangan Sungai Sireh. Aku pun bukan tau.... main bantai aje. Semua ketawakan aku bila tetamu yang hadir aku panggil Yang Amat Berhormat. Mana aku tahu,,,,

Stelah menjadi Ahli UMNO, aku menghadiri mesyuarat dan telah dilantik 2 jawatan serentak iaitu setiausaha Pemuda dan cawangan. Acapkalilah aku menghadiri mesyuarat dan baru kini aku tahu........

Mati hidup salama ini aku tak tau bahawa pembangunan yang ada di kampung sama ada jalan raya, api letrik , air, parit, calvert, longkang, cuci parit, repair rumah dan sebagainya adalah tanggungjawab kerajaan. Tetapi kita yang perlu memohon. Kalau kampung tu tak maju.... jawabnya ketua kampung dan ketua UMNO tak menjalankan tugas.... itupun setelah aku tahu. Aku baru tahu bahawa api letrik yang ada di kampung aku telah diusahakan oleh Allahyarham Tuan Haji Nasrun bin Zainuddin dan seangkatannya seperti Tuan Haji Satimin bin Haji Othman, Tuan Haji Othman bin Dopet, Tuan Haji Rahuddin bin Ahmad dan sebagainya yang memperjuangkan untuk mendapatkan tenaga letrik. Kemudian jalan raya. Betapa besarnya pahala yang mereka dapat. Mereka ini sentiasa berusaha pagi petang, siang malam untuk pembangunan kampung Sungai Sireh. Terima kasih.

Kini, semua perkara ini menjadi tanggungjawab aku....... banyak juga yang telah aku lakukan dan di bawa untuk kampung aku...., permohonan calvert yang telah aku capai seperti di lorong 7, 8, 9, 10, 11 dan 12, Lorong Manap, Lorong 4, juga di Blok L dan Blok U sebanyak 6 calvert, jalan premix di lorong 4, Lorong Haji Satimin, Lorong 3, Lorong Shahrin, Lorong Lek Marpi, Lorong Semaat, Lorong Dasuki Ahmad dan entah lagi. Semua lampu awam di lorong-lorong yang ada kini. Terima kasih juga kepada ketua Kampung Sungai Sireh yang memberikan kerjasama dan dalam pada masa yang sama aku adalah setiausaha JKKKP kampung Sungai Sireh. Masih banyak lagi permohonan aku yang belum tercapai. Mungkin penganti aku pula nanti....

Tapi ingat ....... semua ini bukan datang secara mengolek... sedikit teguran aku adalah ketua kampung PKR kini..... tiada satu pun pembangunan di bawa masuk, tengok lah sendiri... dah 2 tahun memerintah.... alasan tak ada duit, kalau macam itu adak aku adam pun boleh jawab.

Sepanjang aku melibatkan dalam dunia UMNO sebagai pemimpin tempatan, pelbagai kutukan dan cercaan..... cikgu bodoh, mampus ko.... cikgu tohgut, kafir.... dan sebagainya. Hanya isteri yang tersayang selalu berpesan.... teruskan kalau ianya bukan sebenarnya. Bantulah orang lain...supaya di masa yang lain akan ada orang lain yang akan batu keluarga kita.



..............................................

Tapi pelik pulak aku, pernah aku bertanya pada orang PAS....... macam mana dengan bapak aku, bapak ko lain............... walhal bapak aku juga orang UMNO baca doa bila mesyuarat UMNO. Mungkin mereka tak mampu buat sebagaimana bapak aku buat. Dunia nya hanya 3... rumah, masjid dan sawah. Jarang miss atau langsung tak pernah tinggal solat kat masjid, ribut petir pun dia ke masjid bila masuk waktu sholat. Pukul 4 pagi dah mengaji kat masjid, antara waktu sholat magrib dan isyak di penuhi dengan mengaji. Pastinya bila bilan puasa 2 atau3 kali dia khatam al-Quran. Pernah jadi Imam dan siak masjid. Dan kalau 10 hari terakhir ramadhan pasti akan iktikaf kat masjid. Kami sendiri tak merasa berbuka sama bapak.... kerana dia lebih berminat berbuka bersama jemaah surau atau masjid. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayah aku. AMIN.

Bapak Ko UMNO tapi....... tapi masuk syurga !

25 June 2010

Hah...RM2500.,... ?

Hari itu..... 18. 10. 1987.

Alaaa mak, Busu Piah belum sampai...gerutu aku, ai... belakang rumah pun tak sampai lagi. Mekap lebih kut. Mak Cik Yam dah lama sampai. Semua tunggu Busu Piah. Kereta dah sampai. Barang semua dah siap. Emak pun dah siap. Bapak ada duduk kat tangga sambil membetulkan serban dia. Banyak juga pengalam hidupnya dicurahkan keapada aku. Semoga menjadi lelaki yang sejati. Dipimpin supaya menjadi manusia yang sentiasa berfikir dengan waras dan banyak bersabar dalam menempuh kehidupan. Katanya dalam kehidupan ini, jangan lukakan hati orang, terutama perempuan.....luka hatinya bagaikan dihiris dek sembilu. Aku pernah tanyakan anak aku... tau apa simbilu. Semua gelengkan kepala...haha siapa tau

" Napang terkeruhing Abu....... " Tiba-tiba satu suara daripada belakang aku yang sedang bersandar di tiang rumah. Aku tau itu suara Busu Piah. Dah datang laaa tu. Aku termalu-malu mungkin kerana dia perasan yang aku sedang berfikir atau membayangkan sesuatu yang indah. " Eeh ajak...... " Sampuk pulak makcik Yam yang dari tadi memandang aku. Aku perasan. Daripada tadi aku perasan bahawa aku telah menjadi tumpuan. " Hah ...jom dah lama Pak lang Din tunggu tu. Dah kira semua barang yang nak di bawak....nanti tertinggal pulak " Ulas bapak kepada emak. " Dah bawak masuk semua barangnya....." Ulas emak kepada bapak.

Dah lama Van Mazda Bongo dipakir, bapak duduk dihadapan sekali bersebelahan Pak Lang Din yang juga pemilik van. Memang ramai yang menggunakan perkhidmatan van ini kalau ada aktiviti yang memerlukan pergerakan agak jauh. Bapak memandang aje dari dalam van.,sesuatu yang aku rasa mengerti..... terima kasih bapak. Van begerak dan mula membelok ke jalan besar daripada laman rumah aku dan aku memerhatikan tanpa sepatah ucapan yang keluar daripada mulut aku. Terima kasih semua. Emak melambai-lambaikan tangannya sambil memandang tepat muka aku sewaktu van mula bergerak. Terima kasih emak. Hati aku mula berdebar-debar sejak awal lagi kian kencang.

Debaran hati aku membuat aku mula berfikir apa yang harus aku buat. Hah .... baik aku berkubang dekat parit. Air parit pun dalam ni. Tentu seronok. Jomlah mandi...... kata hati ku.

Jam dah 5.30 petang. Tak kan tak balik lagi. Sejuk betul aku ni ..... dah dekat 2 jam aku berkubang dekat parit depan. Kenapa ye bapak tak balik lagi. Memang kena lama ke..... atau gagal ke operasi mereka. Aduh........

Tit..tit, tit..tit tiba-tiba kedengaran bunya hon ....jelas bapak dah sampai. Aku memerhati daripada dalam rumah. Cepat-cepat aku turun dan cuba membantu bapak dan emak untuk untuk mengangkat barang. " Ada lagi kat belakang tu..... kang Pak Lang Din bawak balik baru tauc" pesan Busu Piah. Aku diam dan mengangguk aje. Memang betul pun....lagi pun barang tu untuk aku. Oooooo buah-buahan. " Semua barang bawak naik ke rumah" pesan emak aku lagi. " Naik laa kak.....boleh kita makan kek dan buah ni...banyak " pelawa emak aku kepada Busu Piah dan mak cik Yam supaya masuk ke dalam rumah. " Tak payah laaa Nah..... kami pun dah kenyang ni.... kan tadi dah makan kat sana. Nak solat Asar " Ulang mak cik Yam. Pak Lang Din dah lama balik, siap aje barang keluar daripada van, baliklah dia.

" Macam emak......." sebaik saja emak duduk bertimpuh depan aku. Emak diam aje. Aduh apa ni.... " Ok mak......." Ulang sekali aku kepada emak. " Ai.....macam tak menyempat aje " sampuk bapak ku pula. " Biar laa emak duduk dulu... pergi ambil air masak emak nak minum " Sampuk bapak apabila melihat telatah aku daripada tadi yang tak tau duduk diam.

" Diterima ....." sampuk emak waktu aku mula nak bangun.

" Hantarannya RM2500...." kata emak. " Hah RM2500..... " jerit aku.

Oooooooooooooooo pinangan aku diterima. Amin. Tergolek aku kat ruang tamu.

Amin




16 June 2010

Bedengung Telinga Aku

Sakit betul rasa leher ni..... tak apa nanti sapu minyak gamat krim susu kambing bila dalam kereta. Harap-harap lega. Mana taknya, duduk no. 2 dari baris hadapan. Mendonggak aje kepalanya. tapi bukan laa aku seorang. satu keluarga aku. Termasuk lah keluarga yang lain. Pasangan lain pun sama termasuk yang tak ada pasangan dan tak bawa keluarga. Teringat masa kecik-kecik tengok wayang panggung Tanjong Karang. Tiket 45 sen aje.....murah. Kalau SiGonderong Dari Gua Hantu melibaskan parang dia, mau mengelak..... macam betul-betul tu.

Sebenarnya daripada awal lagi aku tak nak. Tapi bila tengok anak dara aku Siti Hawa merengek ajak pergi.... laaa. Lagi pun dia dah banyak kali pijak-pijak badan aku. Sedap la kalau dia pijak. Tak berat tak ringan.Kora okey laa. lagi pun dia nak beli sehelai baju ... kat FOS katanya. Murah kut kat situ. Adam pun cakap dia nak kasut sukan. Tengok laa nanti.... kalau bersesuaian abah belikan.

Memang pun bila sampai sana... hawa dah servey dulu, sampai kedai terus sambar aje. Cantik juga baju yang hawa pilih. Entah berapa harganya.... RM18.90 kut selepas less 70%, lupa laaa. Adam terkial-kial cari kasut.... dapat baju yang pada pandangan aku okey tapi dia kata tidak. Warna tak bersesuaian katanya. Kensel. Cari kasut....... tak nak pulak diadora..... atau line7, abah tau dia nak pergi kedai Al-Ikhlas cari adidas. aja buat bodoh. Konon bila kat u nak main...putsal ke, kayak ke... boal sepak ke...... Bagus bersemangat. Sebenarnya tak ada benda tu, sikit sangat.... semua orang sibuk study, dan baca buku dan buat assigment. Abah pesan, PNGK kena tinggi awal semeste. Kalau tak susah nak kecap.



Puncanya pagi tadi bila aku dengan anak-anak aku adam dan ibrahim membersihkan daun pisang, dah tau ada sarang tebuan. Nampak dah, dan buat kerja jauh-jauh.... tapi tengah buat kerja kena bedal juga telinga aku. Bedengung laa telinga aku. Sakit betul.... tapi tahan. Isteri aku sapu minyak gamat krim susu kambing. Panas campur sakit. Tapi aku tahan juga...nak siapkan juga supaya esok tak banyak sangat. Sakit woooooo

Ni baru balik tengok wayang laaa...cerita The Karate Kid. Syok laa. Menarik dan lucu. Rugi tak tengok. Lebih best kut daripada lagenda budak setan..... cerita budak lelaki berebut perempuan. Lemas aku tengok cerita tu. Sebelum tu nak tengok kat Langkawi, mak ai... mahal betul teketnya RM11 berbanding dengan kat Jaya Jusco.... RM6 tapi hari Rabu laaa... hari ini hari rabu laaa ......berapa tu ...jimatRM30 laaa

Bila sampai rumah aje.... terus buat colok dan bakar sarang tebuan. Dalam hujan tu ... membakar sarang tebuan. Geram kut...sampai tak boleh tunggu malam esok. Besar sarangnnya... lebih besar daripada kepala ibrahim.

Sakit telinga aku.... Bedengung

Baik Baik Sayang- wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diri ku
kan menghapus duka mu sayang
Kerna bagi ku kau kehormatan ku
Dengar-dengar aku

Reff:

Hanya satu pinta ku untuk mu dan hidup ku
Baik baik sayang ada aku untuk mu
hanya satu pinta ku di siang dan malam mu
Baik baik sayang kerna aku untuk mu
Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampu ku sayang
Kerna bagi kau kehormatan ku
Dengar dengakan aku

15 June 2010

Berpasangan Atau Pasangan



Perasaan ingin memiliki pasangan wujud tanpa kita perasan. Perasaan untuk memiliki pasangan wujud tanpa kita perasan. Perasaan ini datang dengan sendiri tanpa kita paksa kerana keinginan ini wujud sejak dahulu lagi.

Alangkah sedih dan gundahnya hati Adam as takala melihat burung-burung hidup berpasangan. Kesedihan ingin melihat hidup berpasangan wujud di hati tanpa dipaksa-paksa agar dapat berpasangan tanpa sebarang perasaan ingin berpasangan daripada awalnya walaupun tidak ada perasaan.

Kemungkinan usia menjangkau aku dewasa memahukan agar aku ingin mempunyai pasangan sebagaimana nabi Adam as. Tapi siapa aku.... perlukah aku juga memiliki pasangan agar dapat hidup berpasangan. Junjungan Nabi saw pernah menyatakan bahawa baginda tidak akan mengaku umat jika umatnya tidak berpasangan. so.... aku kena cari pasangan.

Pelik jugak ye...6 hari je jumpa dia terus nak dijadikan pasangan. Betul-betul .... nak cari pasangan supaya hidup berpasangan. Kena pupuk lah perasaan kita untuk berpasangan supaya pasangan kita akan merasai bagaimana kemesraan hidup berpasangan tanpa tanpa sebarang perasaan yang mencuragai.

Pasangan yang ku pilih ini dengan penuh perasaan tanpa sebarang ungkapan kata-kata yang menyakin pasangan tetapi perasaan ini menyakinkan pasangan kita agar kita serasi sebagai berpasangan.

Manisnya hidup mulai menjiwa diperasaan ini setelah pasangan mula menerima aku sebagai pasangan, apa kata ..... pasangan sejoli. Dari mana wujud perkataan sejoli.....apa ye sejoli. Aku ingin hidup berpasangan dengan pasangan aku yang telah ditentukan sejak alam mahfuz lagi dengan perasaan kekal berpasangan.

14 June 2010

Ikut Adat Laaa .... Kata Emak. Merisik


Hari ini Jumaat. Aku dah cakap kat bapak..... tunggu besok aje, belum cukup seminggu. Kenapa bapak dan emak pilih hari ini. Tak tau laaa.

Emak kata nak pergi pagi ni. Masa itu aku dah pergi kerja. Kenapa kena buat benda tu, tak payah.... kan dia kata kalau berani pinang aje...maksudnya memang belum bertunang.

" Tak apa..... emak cuma nak pergi merisik aje " jelas emak bersungguh. Nak ikut adat laa tu. Aduh ...lemasnya. " Huh.... ole-ole dah siap ke belum, tak kan tangan kosong aje, malukan emak..." gerutu emak bila aku ambil endah tak endah pasal ole-ole. " Ye...dah beli semua" Ulas aku lagi.

Apa ye yang bapak dan emak cakap agaknya nanti. Macam mana rupa merisik. Macam buat kerisik ke.....? hah buat lawak laa aku. Ikut laaa adat.

Bila aku balik kerja ....... line clear, kompom emak cakap sehingga sekarang belum bertunang.

Pesan bapak........ betul ke nak kawin ?

Ada Duit.... ?


Ada sikit.......


Siapa gadis Tu !! Tapi rasa Kenal.

Penat juga berjalan dari bas station ke kedai gambar antarabangsa. Minggu depan kena asigment kena hantar. Kalau tak hantar tak lulus pulak, malu pun ada pada kawan-kawan.... budak perempuan pun siap. Dan satu lagi kalau nak hantar bukannya deiapa tukat, Ipoh tu... naik bas. Tak apa laa untuk masa depan. Buat aje janji siap.

" Tauke.... 3 hari siap ye cuci. saya mau bikin asigment ", Tegas aku. Alaa kalau aku tak ingatkan pun dia akan buat 3 hari juga. Dah lama aku berurusan dengan kedai ni. Kopak juga duit aku pasal kerja. Tapi bukan aku aje... semua orang kena macam aku. " Okey tauke.... Selasa nanti saya datang", pesan aku sambil berjalan keluar. Huh.. cuaca panas betul... minum laaa dululah ulas hati sambil menuju ke kedai Restauran Naim Sani. Sekarang dah tak ada lagi. Kini jadi Kedai kek.... betul-betul depan kedai KFC lama. Panas-panas.

Opp..... rasa kenal budak perempuan tu. Ooooooo budak SDH. Budak 5 Rodziah. Yaaa memang betul budak 5 Rodziah. Kelas sebelah. Aku dulu 5 Lamsah.

Buat ape yerr budak ni kat sini. Minum seorang-seorang. Panas kut. Dulu dia ni masuk form 6 sama aku, tapi lepas tu berenti. Kerja kilang kut. Cuti kut dia hari ni...... emmm suka nati dia laaa. nak tegur ke tidak... nak tegur ke tidak. Tegur aje laaa, alaa kami pun dah dewasa. nanti kata aku sombong pulak.

" Aaaa........ 5 Rodziah yer ". sapa aku. " Ya..... ujarnya ringkas aje, sambil aku berdiri di sebelah dia. tak ajak aku duduk ke...... aku pun panas. Aku pun haus. nak cerita apa ? Nak cakap apa ? Nak kata apa ? Macam termalu aku...... kalau tau tak payah tegur, diam aje dia. Alamak......... nak buat apa ni........ aduh.

Nak cerita apa ni..... nama dia .... alamak atku pun tak tau, tapi betul laa dia 5 Rodziah.... memang laa aku kenal tapi tak pernah sembang pun sejak form 1, Betul..... secret admirer pun tak ada. Malunya aku ni...... tapi kalau ditengok-tengok orait juga budak ni. Cantik laaa... tapi dia duduk diam .... alamak

Akhir terpancullah kata-kata........" Sekarang kat mana......." sunyi aje ......... " Sekarang kat mana..... ulang aku sekali lagi ....... tak sungguh-sungguh, sekadar nak elakkan malu. " Kenapa...... nak tau .... " ujarnya sambil minum. Tak pandang pun aku. Aku tau laa ko kerja kilang...... dulu la. " Saja tanya.... lama tak jumpa". Tegas ku. " Sekarang kat IB...... " katanya dengan selamba. " Awak kat mana...... ? katanya sambil memandang aku kali ini..... Wow cantik laaa budak ni, bila aku dapat menatapi wajahnya secara terus dengan jarak 2 atau 3 kaki ..... cantik budak ni. Terkedu aku dibuatnya. Betul kata orang tua..... bila mata bertentang mata, lidah kelu nak berkata. Mak nak buat apa ni....... " Aku kat IPSI " kata aku tersekat-sekat. " sama laa taraf kita...... aku faham kami kat Institiut dan bukan maktab. Budak ni nak jadi cikgu..... sama macam aku juga.

" Buat apa sekarang ni....?" tanyanya pula. " Kat IPSI...: jawab ku ringkas. " Sama macam aku....nak jadi jadi juga la, baguslah tu...tak ramai budak lelaki yang nak jadi cikgu " katanya dengan panjang lebar. Aku hanya diam dan mengangguk angguk kepala.

" Dah kawin ke..... ? tiba-tiba terkeluar kata yang di luar kotak kepala aki tepi mejau. Sepi seketika. aku tetap lagi berdiri di tepi meja. Tak ada insuran betul mulut aku ni. " Belum lagi.... masih belajar , mana boleh kawin !" katanya kepada sebagai menjawab soalan bodoh. Aku pun tau bahawa belajar nak jadi cikgu mana boleh kawin. " Tapi dah bertunang kut....... " kata aku seolah-olah nak dapat maklumat lebih panjang. " Pun belum...." jawabnya ringkas. " Kalau macam tu boleh laa aku pinang....." kata aku tanpa. macam beriya-iya sangat. " Kalau berani pinang laaaa....." jawabnya dengan selamba. " Betul ke ?" jawab aku. "Betul laa..... kalau berani pinang laaa" jawabnya bersungguh-sungguh. Terkedu aku.

" Boleh tanya tak....... siapa yer nama awak, aku hanya kenal ko budak 5 Rodziah..... " ujar aku dan barulah aku teringin nak tau namanya. Tercengang-cengan ....... dia, mungkin dia terkejut aku tak tau namanya. " Okey minggu depan aku masuk meminang......jawab ku, walaupun aku belum tau nama dia " jawab aku. Aku terus mieninggalkan budak perempuan tu, walaupun asalnya aku haus ......





08 June 2010

Terbang Malam


Sambung lagi pasal USM.

Memang laa pertama kali mendaftar sebagai pelajar baru.... semua aksited.... tentu pilih yang kow-kow aje. Tapi aku sudah dinasihatkan dek kawan-kawan utamanakan major dan minor sejarah dan sains politik. Ada kaitan dalam pembelajaran.... elektif suka hati tapi jangan yang taf-taf teruk nanti. Aku ok aje

Terbang malam bermula apabila nordin budak Simpang empat, perak dan ismadi dari camareon highland yang ambik paper kuantitif. Ini penting katanya dan paper branded. Nak belagak..... termasuk ayup sukani dari batu belah, klang. Belajar laaaa dan balik laa kami. taoi kata ayup ..alamak paper ni susah laaa.

Bila semester baru menjelma.... ismadi terkejut bahawa nordin dah kick paper kuantitif dan tertinggal laa dia. Memang tak boleh buat...asiggment tak buat, periksa kecil gagal dan exam besar pun gagal. Nordin selamat ...... sepatutnya nordin bagi laa tau kalau nak keluar daripada paper tu..... kesian ismadi. Dia kata dapat nasihat daripada isterinya.... dan di usm, kita boleh drop paper dalam tempoh 3 bulan...... sekarang nordin yang TERBANG MALAM tanpa pengetahuan ismadi.

ismadi lewat satu tahun daripada kami kerana kantoi satu paper....

07 June 2010

Aku Dan Universiti Sains Malaysia


Saban tahun... aku pasti akan akan ke USM.

Cerita bermula apabila aku kawin keturunan anak mami. Apabila melalui dekat usm..... kalau tak silap tahun tu tahun 1989. Bila agaknya hendak aku masuk u..... sewaktu aku guru lepasan maktab. Memang ada azam jugak nak masuk u.... nak sambung balik belajar. Sebenarnya aku pernah masuk Universiti Malaya, tapi keluar.... tak ada duit. Sedih juga... tapi aku berazam bahawa pasti aku akan masuk u juga pada suatu masa nanti

Alhamdullillah, tahun 1995 aku mendapat tawaran juga di universiti....... maka jadi lah aku sebagai pelajar.....belajar laa bagai hendak rak, akhirnya tamat. Jadilah aku cikgu ijazah.

Tapi apa yang menarik adalah aku saban tahun akan ke Pulau Pinang. Maklumlah suku sakat isteri aku dari Teluk Kumbar. So, kenalah balik kampung dan menjadikan sebagai distinasi perlancungan keluarga kami. Bukit bendera..... Sudah sampai, tidak jadi naik ... anak aku dah jemu. Batu Feringgi aku dah tahu berapa kali kena lap. Paling kurangpun coner kiri atau koner kanan.

Sejauh mana hubungan aku dengan usm memang erat.

Apa yang menjadikan aku dan Pulau Pinang lebih erat kerana LORONG KULIT. Kalau hampa mai Pulau Pinang tak singgah dan tak mau mana Lorong kulit, hampa semua belum sampai penang lagi. Tu...... dia, punya laaa seronok, doh kecoh kalau pi sana. Anak-anak aku kalau habaq nak pi lorong kulit, tu dia..... depa kata syuk sangat.

Ada apa yang menarik di lorong Kulit. Terdapatnya pelbagai barangan jualan seperti pasar di mana-mana. Tetapi yang menarik adalah barangan lusuh dan baru. Barangan antik lagilah banyak. Kalau hilang kasut selipar sebelah, carilah sebelah lagi di Lorong Kulit. Kalau nak cari jam lama, ubat kuat, bunga, baju baru, bundle, buahanm, kueh..... laksa dan apa saja ada. tak wujud di mana-mana di Malaysia. Cermin mata, dari zaman 60an, elvis presley.... sampai sekarang ada. Ada barang dio Bukit jambul...ada di Lorong kulit.

Dulu sewaktu aku kuliah di USM, pagi tidak ada kuliah..... pasti aku, fuad, mizan, mail, mail ann, ismadi dan nordin pasti kuliah kat sana. Minum dulu, pekena laksa penang .... dah kencang, maka kami pun tawaf laa kat Lorong Kulit. Jualan ubat kuat.... tempat utama, baju baundle dan barangan antik menjadi pilihan. so... siapa yang pergi Penang tanya kat mana Lorong Kulit dekat belakang Stadium Negeri Pulau Pinang

Tidak lupa cd cetak rompak...RM5 aje...sampai sekarang masih lagi harga tu. Aku baru balik hantar anak aku temuduga di USM. Ambil kos Mass Com. makan tengah hari dekat PJ Hilton. Budak USM tau laa mana dia desa siswa PJ Hilton.

01 June 2010

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Bersama Petani

Hari ini 01. 06. 20101 terlerailah segala permasalahan yang ditimbulkan oleh ADUN Sekinchan daripada DAP yang menyatakan bahawa harga padi yang tidak sekata di antara satu tempat dengan tempat yang lain dan sebagai langkah mudah membawa kepada demontrasi yang di adakan di Kompleks Kilang Beras Nasional, Sekinchan. Dan dimaklumkan juga bahawa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah menghantar surat kepada hero petani untuk majlis perjumpaan dan perbincangan isu harga padi. Tetapi YB Ng Suee tidak dapat hadir tanpa penjelasan yang nyata.

Ramailah Panglima-panglima daripada kementerian daripada MARDI, BERNAS, Jabatan Pertanian, PPK dan sebagainya membantu memberikan penjelasan terhadap petani. Pelbagai soalan yang dikemukakan dan dapat dijawab dengan sempurna oleh Menteri, YB Dato Seri Haji (DR) Haji Noh bin Haji Omar.

Isu utama ialah harga padi ........ kerana pihak pembeli swasta yang berlumba-lumba untuk membeli pada harga tinggi sehingga 1 tan bersamaan RM1400 dan ada yang menbeli RM1150. Perbezaan inilah yang menjadi permasalahan. Menurut menteri, kerajaan hanya meletakan harga asas, dan jika ada pihak yang ingin membeli dengan harga lebih tinggi, kerajaan tidak akan menghalang dan ini tentu menguntungkan petani.

So sebagai petani, seperti aku.....maka suka hati laa kat mana aku nak jual. Tapi aku tetap jual dengan PKK kerana aku adalah ahli dan cuba membantu Pertubuhan Peladang dengan sedaya upaya. Aku pernah mendapat bantuan PPK sewaktu aku cemerlang dalam SPM. Ala RM70. sebab bapa aku ahli PPK, tapi amat besar bagi aku dan aku tak lupa jasanya. Sekarang aku pul;a menjadi ahlinya dan membeli saham PPK. Anak ku dapat masuk USM, tak ada ke untuk anak ahli seperti aku dahulu. Adik aku pun dapat strike A,.... tak ada ke sumbangan sebab emak aku pun ahli PPK

Terlupa pulak aku..... semasa taklimat disampaikan, ada yang terjerit-jerit bagaikan hantu polong....... juak-juak pas atau pkr agaknya....sebab aku kenal orang UMNO. Bila dijemput untuk bercakap dan diberikan copong..... tak tercakap pun. Hadirin punya laa bising, dan ada yang booo dan berbagai lagi....

Alaaaaa adik datang pulak nak pinjam broadband. Esok sambung.

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...