CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

20 August 2010

Aku dan sholat Terawih Dan More....

Memang aku berasal daripada kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

Sebagai anak kampung, aku dan kawan-kawan akan turut serta bersama penduduk kampung akan menunaikan sholat terawih pada setiap bulan Ramadhan. Satu amalan ikutan aku... ikut-ikut saja pada mulanya.

Itu dulu... tapi kini dah berubah, aku akan menanti akan kehadiran bulan Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan merasakan amat bertuah apabila bulan ini menjelma. Aku dan isteri aku biasanya akan meningkatkan amalam kami. Kami akan bersholat terawih dengan sepenuhya...biasanya aku akan sholat kat masjid atau surau...isteri aku pula kat umah saja...sambil jaga anak aku Siti Sarah.

Pada tahun ini laaa pertama kali aku pergi sholat dengan aku Ibrahim.... kalau tidak kami akan pergi bertiga dengan anak sulung aku...Muhammmad Adam. Tahun ni dia ada kat USM. Harapan aku agar dia juga bersholat terawih macam aku juga seperti amalan dia sebelum ini. kadang-kadang buat 8 ....kadang-kadang 20 jugak... hehehehe.

Dulu aku aku sholat terawih bukan kerana amalan...tetapi sekadar nak main dengan kawan...main galah panjang laa.....main police century, main gila-gila...main nyorok-nyorok dan sebagainya laaa. Janji main.

Dulu mercun tak kisah....melantak laaa mercun sampai puas..... orang tua sembahyang.... kami budak budak melantak main aje. Seronoknya laaaa.

Main ni apabila morenya sedap........,
waktu awal sembahyang, kawan akan cakap..... malam ini makan ape..... kalau bubur kanji, alamat balik laa kami malam tu awal ....tak payah main. Tapi kalau nadi gulai ayam, bihun sup.. mee goreng..... wow ....tunggu laaa sampai habis terawih....bukan sembahyang, tapi main aje.
bukan mudah nak merasa bihun sup ni...gulai ayam.... kerana setahu aku nak rasakan keenakan daging ayam apabila ada kenduri, raya dan more....lain-lain hari usah mimpi laa nak rasa makan daging ayam. Berbanding pada waktu kini. Tengah malam pun boleh dapat ayam KFC.

Waktu sembahyang......dalam saf, kawan sebelah bukan baca fatihah pun ..... akan sebut...

bubur kacang-bubur kacang bubur kacang-bubur kacang bubur kacang-bubur kacang bubur kacang-bubur kacang bubur kacang- bubur kacang bubur kacang-bubur kacang..... alamat sembahyang pu tak habis...dah tuang. Itu dulu......

Kalau cakap nasi..nasi..nasi..nasi......nasi..nasi..nasi..nasi......nasi..nasi..nasi..nasi......nasi..nasi..nasi..nasi..
....nasi..nasi..nasi..nasi......nasi..nasi..nasi..nasi...... sampai habis terawih laaa kami main. Orang salam dalam masjid...kami akan duduk berbaris tunggu makan....sedapnya makan.

Pas habis makan...kami main gendang...... aku tak tau macam mana nak cakap, tapi kalu suruh main sampai sekarang aku ingat....main 3 orang. Yang pertama ketek aje....ke 2 pulun kuat kuat-kuat... dan yang ke 3 pula akan main dengan irama.... aku tau iramanya sampai sekarang.
Nak cakap tau...... sekarang dah tak ada semua ini...... anak aku lebih suka main internet...ninja saga, terutama Ibrahim...kalau hawa...dengan koreanya..... boleh cakap korea kut dah sekarang ni...hehehehe, aku suka pantau aje...dan kalau ada masa tulis laaa blog aku ni.......

Indahnya saat itu...... zaman kanak-kanak.

Tawarikh atau Terawih....

Mungkin budak budak tak pearsaan dua perkataan yang aku tulis ni kalau tak baca betul-betul.
atau anggap aku salah tulis.
Memang betul ape.....anak aku pun cakap macam tu...
abah salah eja....apa laa dah jadi ciku pun salah eja
aku ketawa...

Bukan mereka saja, aku dulu pun anggap bahawa ini adalah salah ejaan
Nak sebut pun tak betul

Dan kadang-kadang aku salah gunakan perkataan ini.

Aku gunakan perkataan tawarikh untuk penggunaan tarawih

Bagi mereka yang tak tau, khususnya anak-anak aku adalah;

Terawih adalah amalan ibadat sholat di malam bulan Ramadhan sahaja
Tawarikh adalah mata pelajaran.....kini di panggil sejarah

Hampir sama bunyinya walaupun perkataannya berbeza.
Waktu tu aku darjah 4, Sek. Keb. Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor DE
ada latihan menyebut perkataan tawarikh dengan terawih....
Banyak yang salah...
termasuk laaa aku, siapa yerr ustaznya, aku lupa.
Terima kasih laa ustaz yang mengajar aku erti sholat terawih....

Kini aku mengajar anak aku pula
Sholat Terawih

Ewah...baju melayu.. baju Raya 1431 hijrah



Alaaa mak....rasa tak sabar, dah tua-tua macam tak sabar nak raya....
Dah beli baju raya.....kat Selayang Mall.
Tahun ni tema biru......tapi yang mahal tu ada bling-bling.

Asalnya nak beli warna putih.... bling-bling...
nak machkan ngan kasut putih aku yang aku baru kat Thailand tu.....

Anak sulung aku tak suka putih.....macama nak menikah,
Eh...iya ke......

Isteri aku komen.....macam buang tebiat...nak mati kut....
Eh takut gak aku....

So tukar warna biru blling-bling.............


Cantiknya. Kira harga ok laaaa.

Beli 3 pasang untuk ib saiz m, untuk along saiz s dan aku saiz xl. Ngam dan tak payah oter lagii.


18 August 2010

Sholat Terawih kat SBPI, Rawang..... Sekolah Angah



Nasib baik sebelum kami berbuka, kami sempat FLY ngan angah dan juga kawan-kawan dia...MALE DAN NAJWA. Selayang Mall.

Beli telekung Sara.


Maka selepas sholat magrib, makan..... dan sembahyang Isyak serta terawih

Rasanya cantik gambar mama, Sarah dan Hawa.






Tapi sedih..... tengok Sara....nape yerrr

17 August 2010

Pertama kali ...dalam masa 5 tahun









Setelah 5 tahun menanti barulah aku berpeluang dapat berbuka puasa dan bersembahyang terawih di sekolah Angah, SEPINTAR.

Sebenarnyai kami pernah lakukan sewaktu angah di tingkatan 1, kami berbuka di ruang lobi..... tapi kami kena tegur dengan pak jaga. Dia kata pengetua tidak benarkan parent berbuat demikian. Aku akur.... Dan Angah sendiri kena tegur dek pengetua ...kalau tak silap laa kerana berbuka di kawasan sekolah bersama keluarga. Menceroboh tu....

Tapi setelah 5 tahun.... pengetua bertukar, keadaan ini berubah.....aku rasa sewajarnya ianya dibenarkan, apa yang aku lihat muka anak aku manis sangat, begitu juga dengan kawan-kawan angah yang lain. Mesra pelanggan betul pengetua ini.










Malahan selesai berbuka, aku dan keluarga bersembahyang maghrib dan kemudian aku solat Isyak dan bersolat terawih. Sewajarnya perkara ini berlaku sejak dulu lagi. Namun ianya bergantung kepada pengetua. Semoga anak aku dan semua teman-temannya akan berjaya dalam SPM 2010 dan kepada pihak pentadbiran yang mesra pelanggan aku doakan sekolah ini akan terus berjaya dengan cemermalang






Sejajar dengan slogan, DI SINI PEMIMPIN DI LAHIRKAN, hidup SEPINTAR.

Jom Berbuka Puasa

Memang laaa dalam 2 tau 3 topik ni aku nak bersembang pasal raya.....bulan Ramadhan ni...Rasanya tahun ni lah sejak aku berkawin paling jimat beli makan berbuka.

Sejak dahulu lagi, sewaktu aku bersama isteri aku tak pernah masak untuk juadah berbuka puasa. Memang beli aje. Tak nak buat kuih dua atau tiga jenis. Lama memasak daripada makanna. So beli aje laaaa

Aku pun sebenarnya tak macam orang lain kut.....aku dan keluarga berbuka hanya makan kuih sahaja....nasi tak pandai, jarang laaaaa....sebulan berpuasa...mungkin sekali aje kut. Itu sebab itu kami main beli aje kuih. Banyak juga belanja beli kuih dan sebagainya. Anggaran sehari RM30 kepada RM40

Air soya 2 bungkus = RM4
Roti John 1 = RM3
Martabak 2 ketul = RM 4
Bihun sup mama = RM2
Pecal Aku = RM1.50
Kuih = RM4
Rojak pesembur = RM5
Perut lembu mama = RM2
Laksa along = RM2
Piza = RM7
Lauk aku = RM4
Bubur = RM2

Maka kenyang laa aku dan keluarga aku.

Tapi tahun ini 1431 hijrah, sehingga sekarang, aktiviti berbuka puasa aku semakin kuang membeli... tak ada yang nak makan, anak sulong aku kat USM, Angah kat SBPI....tinggal laaa berempat. Puasa 3 orang......., aku dah beli makanan macam biasa pada hari pertama Ramadhan...belambak tidak habis.

Tapi aku masih lagi pergi Pasar Ramdhan....cari 6 ketul kuih =RM2 dan air soya 2 bungkus RM4

Dah tak ada yang nak makan, anaknya semua dok mengaji....tidak semeriah dulu kut, masa anak aku semua berkumpul dulu-dulu rasa seronok sangat bila dikenang masa lampau. Tak termasuk bila mereka berebut.....

Bila saat ini akan berulang...

Sahur....Oh, Sahur.

Bila menjelma sahaja 1431 hijrah bermakna aku telah mendirikan rumah tangga 22 tahun lamanya. Lama tuuuu,........

Sepanjang hidup berumah tangga, semua kerja aku boleh buat, dari memasak, urus anak, urus rumah, menyapu, sidai kain, apa lagi..... aku boleh buat kerana aku memang didik sebegini rupa oleh emak dan bapak aku....kalau ke kebun...sawah, tak payah kelentong aku, all raounder aku boleh buat......

Pasal agama pun aku pandai sikit-sikit, kalau setakat jadi akar pun dah cukup baik, walaupun aku tak pernah ke sekolah agama dan banyak belajar melalui pengalaman, kitab, dan tanya ustaz-ustaz kampung dan member-member ustaz.

Tanya pasal politik, aku bergiat politik secara aktif semenjak 1995 dan mula memegang jawatan sebagai ketua cawangan sejak 1995...

Nak ceter pasal kesatuan, aku bermula daripada 1995 sebagai perwakilan dan hingga kini menjawat jawatan penolong setiausaha dengan ahli seramai lebih 20 000,

Kalau pasal mesyuarat, antara yang tertinggi pernah bersama Pengarah Pelajaran Selangor, Penolong Pengarah Pelajaran Malaysia, Ketua bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia......dan banyak lagi

Kalau kursus....luar dan dalam negara aku pernah pergi..... wakil mesyuarat Malaysia peringkat Asia pun pernah.....

Tapi rupanya aku tak terdidik bangun pagi untuk menyediakan masakan sahur...........
Sampai sekarang aku tak boleh buat.......
Masa kat U, sahur pukul 12 malam
Aku tak mampu .......................................................................................
Terima kasih Isteri aku yang mengerakkan aku jam 5 pagi untuk bersahur.
Terima kasih Mama.
SAYANG MAMA HEHEHEHEHEHEH

Ia berdiri di situ sudah 5 tahun.




Kini tahun 2010, jika ditoleh ke belakang 5 tahun dahulu bermakna ia berdiri di situ semenjak tahun 2005 lagi. Aktiviti aku akan membunyikan hon kereta sambil melambai-lambai tangan dan ia akan membalas lambaian tanda perpisahan.

Di situlah tempatnya takala kami berpisah. Kadang-kadang dalam cuaca baik, suram mahupun hujan. di situlah tempatnya.

Di situ ada keriangan, di situ juga ada kegembiraan,di situ juga ada kegusaran, di situ juga ada kemuskilan, di situ juga ada kesedihan, di situ juga kerisauan dan di situ juga ada lelehan air mata serta tangisan. Aku juga hampir lali dengan segala peristiwa ini, tapi aku tahu setiap peristiwa itu ada pengajarannya.



Mungkin ia tidak sangka akan berdiri di situ selam 5 tahun, jika ia tahu....mungkin tidak mahu di situ selama 5 tahun. Walaupun dia sendiri beriaya-iya yang ingin di sana dan akhirnya berdiri di situ.

Seingat ingat aku sendiri, selama 5 tahun dia berada di sana, hanya 4 kali aku tidak melihat dia di situ, ini bererti bahawa sepanjang 5 tahun, tiap-tiap minggu akan hadir sepanjang 5 tahun kecuali 4 kali. Sebenarnya aku sayangkan dia.



Dia sebenarnya Cik Siti Hawa binti Abu Bakar, anak aku yang bersekolah Di Sekolah Berasrama Penuh Intragrasi Rawang ( SEPINTAR ), Rawang, Selangor. Perjalanan dari tempat tinggal aku kira-kira 1 jam 15 minit aje.



AKU....NUTP dan Sulaiman Wak - Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor



Dalam bahasa Inggeris dikenali NUTP dan dalam bahasa Melayu KPPK ( Kesatuan Pekhidmatan Pendidikan Kebangsaan). Mempunyai keahlian seramai 170 000 orang diseluruh Semenanjung Malaysia sahaja, dan di Selangor sahaja ada lebih 20 000 orang ahli. Kalau guru di selangor menjadi ahli pasti mengenali aku kerana aku adalah Penolong Setiausaha di negeri ini.

Banyak aktiviti yang dibaru adaksanakan terutama kebajikan ahli. Antara aktiviti terbaru adalah kunjungan hormat bersama Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Antara tujuan adalah untuk kunjungan mesra antara kesatuan dan majikan guru di peringkat negeri Selangor pada 10. 08. 2010.




Pelbagai isu yang diperbincangan dengan suasana penuh mesra dan pelbagai isu dapat diselesaikan dengan tepat dan segara. Inilah faedahnya kerjasama yang baik. Bukan untuk mencari masalah tetapi untuk merungkai antara pekerja dan majikan.

13 August 2010

Pasar Terapung...Kat Siam


Ini pun satu lagi pengalaman aku berada di Thailand.
Pasar Terapung...maksud adanya penjual di dalam sampan kecil
dan
pembelinya berada di tebing. Punya laaa ramai pelancung yang datang.
Masa operasi bermula jam 4 petang waktu Thailand dan jika waktu kita jam 5 petang.


Pelbagai makan yang dijual dan cantik serta menarik.
Minum air gunakan tembikar dan juga buluh dan lebih menariknya kita boleh bawa balik. semua harga sama, makanan dan minuman kira-kira 20 bath.



Manakala makanan kebanyakan dijual dalam tempurung kelapa, tembikar dan juga dalam daun pisang.






Duduk laa macam pangkin dan kan laaa kita sambil minum dan menghirup udara segar di tepi sungai.

Ehhhh
Kenapa tidak ada di Malaysia buat begini sebagai satu industri kampung. Boleh mempertingkatkan pendapatan dan menjana negara dalam mempertingkatkan pendapatan penduduk kampung

Pelbagai rupa bentuk juadah yang disediakan dan semua makan tradisi.






Kami terpikat kerana selain daripada orang tua, ada juga anak dara siam yang jual makanan, aku shoot gambar dia, malu-malu.....tetapi memang real gadis Siam.
Alaaa
bukan aku sorang yang take the picture, ramai....
hahahaha..angan-angan laaaa







nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...