Rasa sedih juga pagi tadi....bila mendapat keputusan bahawa pemergian isteri aku dan anak-anak aku keluar negara ditangguhkan. Semua dah siap.... pasport antarabangsa pun dah settel. Tinggal nak pergi aje...
Kesian anak aku laa, kalau isteri aku memang tak ada hal, dia nak pergi keluar negara dengan akak dan adik dia. Kalau mengikut perhitungan aku...isteri aku akan keluar negara 2 kali laa dalam bulan oktober ni..... hai melancung sakan nampaknya dia. Tapi aku tak berapa kompom sangat pasal cuti dia ni...... dah suruh bincangan adiknya agar pergi pada waktu cuti. Senang sikit.
Korang yang baca blog aku ni dah ada pasport antarabangsa tak..... dulu waktu kecik, kad pengenalan ini pun aku panggil pasport.... bila dah besar baru tahu..... mana identity card dengan pasport.
Harap-harap anak aku tak kisah dengan penangguhan kali ini...alaaa dia orang pun dah puas melancung......naik kereta, naik bas, naik keretapi dan naik kapal terbang..... naik bot besar aje belummmm, tapi naik feri Pulau Pinang, Feri Pulau Pangkor dan Feri Pulau langkawi dah naik...
Namun demikian, aku tetap kan pergi ke luar negara juga pada 4, 5, 6, dan 7. Ogos 2010.
Jom laaa semua, kita keluar negara...dapat tengok macam-macam perkara baru dan pengalaman yang menarik.............
Tapi aku belum pergi umrah .......macam mana yerrrrr
21 July 2010
Tak apa laaa....Bulan 10 kita pergi .....
Dicatat oleh Abu Bakar Bin Haji Semaat di 6:41 AM
Label: Umrah oiiiiii
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment