CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

22 July 2010

Inilah ..... orangnya. Siti Rohani Binti Abd. Halim






Hari ini, Jumaat. Selepas solat subuh, aku rehat kejap sambil duduk di hadapan tv aku minum air teh, rasanya, ......tawar, memang laa sebab aku tak bubuh gula. Isteri aku sedang bersiap nak pergi kerja. Aku perhatikan saja

Semalam, boss aku, Pn. Salina binti Sparman tegur aku...... katanya "mengadap aje laaa kat komputer tu, kang susah jadinya ":.... aku faham maksud dia. Satu peringatan yang ihklas daripada seorang ketua dan juga sebagai teman dalam rakan sekerja. Banyak juga cerita dan pengalaman yang pernah kami sembangkan. Kami sebenarnya sebaya. tetapi tetap....yes boss.

Mungkin kini dah lebih 30 artikel yang aku tulis, bermula tak tau langsung apa dia blog, merangkak dengan cara menggunakan blog dan masih belajar. Kali ini mungkin aku khususkan kepada isteri aku.

Sebenarnya aku memang sayang kat isteri aku. Banyak pengalaman yang telah kami tempoh bersama. Tetapi rasanya semua baik-baik. Jarang laa kami ada masalah. Kalau tak ada bohong pulak.

Nama penuhnya Siti Rohani binti Abd. Halim. Dilahirkan pada 04.05.1964...... kalau diikut-ikutkan kini dah berusia 46 tahun. Telah menjadi anak yatim ketika berusia 8 tahun lagi apabila ibunya meninggal dunia. Mungkin kepayahan dan keperitan hidupnya tanpa belaian seorang ibu membolekan dia menjadi seorang tabah dan bersikap matang dalam banyak hal.

Memang betul...banyak yang aku tak tau pasal isteri aku ni...sebab kami tak pernah bercinta. Main tangkap muat aje..... ada cerita sebelum artikel ini.

1. Baru aku tau....bahawa isteri aku ni seorang yang suka mengaji...kalah aku. Suaranya sedap didengar walaupun bukan seorang qari. Aku cukup beruntung sangat memiliki isteri begini. Biasanya dia mengaji selepas sembahyang maghrib, amalan kita masa dulu-dulu untuk belajar mengaji selepas maghrib untuk ke rumah tok guru. Sebahagian besar sewaktu mengaji, aku akan berbaring sebelah dia dan kadang-kadang berbantal kan pehanya.... tak batal air sembahyang kerana biasanya dia mengaji dengan bertelekung. aku pun tak nak batalkan air sembahyang dia. sayup sangat dan rasa syahdu.... walaupun aku tak tau apa maksud yang dibacanya. Alahhhhh.......... anak aku tak kisah, mereka semua faham, mungkin mereka dah biasa tengok aku begini. Aku cukup terasa tenang mendengar aluanan suara qari pujaan aku.



2. Betul kata orang.....kawin ini satu gamble, maklumlah kita boleh berlakon semasa bercinta, kita tak tau sama ada isteri kita taat atau tidak kepada Allah swt........... bagi dia sembahyangnya memang dijaga, bahkan dia selalu mengingatkan aku...bukan aku yang ingatkan dia. dah tua pun kena diingatkan .... aku tak kisah, memang betul pun. Malu laa juga, tapi bagi aku, ini satu cara dia nak dapat pahala kut.... atau aku yang nak cari alasan. Tak kisahlah. syukur sangat dapat isteri yang taat pada Allah swt. Terima kasih laa kat ayah ( bapa mertua ) yang dapat membimbing dia dan memudahkan aku....kahkahkah.

3. Rasanya, tidak pernah aku terfikir bahawa selama ini bahawa seorang perempuan itu perlu pandai menjahit. Dan sesungguhnya isteri adalah seorang tukang jahit yang paling terror di kalangan sebelah keluarga aku. Banyak kelebihan yang akan sesiapa yang memiliki isteri yang pandai menjahit. Kalau raya, kompom tak pening kepala kat mana nak hantar baju nak tempah. Kalau nak buat baju melayu ke... baju kurung.... sebelah mata. Dulu baby aku ni ambik upah jahit kain..... tapi aku tak galakkan sebab.....sebab nak jugak.....sejuk laaa kita, pukul 1 pagi..... dok menjahit lagi. Sepuluh kali tengok kat penjuru katil ..... dia dok jahit ajer. last-last kita sedar subuh aje......

4. Satu perangai isteri ialah tak suka gerakkan orang tidur... termasuklah aku jika tertidur kat luar, depan tv.....sampai besok pagi laaa aku kat depan tv. Yang aku pelik....... dia tak tidur depan tv, dia mesti tidur atas katil......dengan sopan, berselimut, bersetoking dan rambut mesti disikat rapi..... itu yang aku suka. Katanya....tak mau ganggu orang yang sedang lena tidur.... kadang-kadang aku tidur ngan nyamuk.... mama o mama, geraklah abah kalau tertidur kat luar.. pesan aku.

5. Aku pun tak tau macam mana isteri orang kalau berpakaian semasa nak tidur, kami sebelum ini akan berkain aje..... maksud aku ialah mak, kakak dan adik-adik perempuan aku. Tapi bila aku kawin dengannya...... dia tetap akan berpakaian baju dan seluar tidur.....sampai kini ...dah 22 tahun aku hidup bersamanya.... tetap memakai seluar panjang dan berbaju tidur.... tak pernah berkain, takut terselak katanya...... ait kat suami pun tak boleh ke....tak boleh, katanya kena sopan kat suami.....hehehehehe.



6. Memang laaa, dah 24 tahun aku makan masakan emak aku yang disayang, tap-tap bila nyayi aku masak rasanya lain...berkerut juga aku merasainya....mau juga 3 ke 4 bulan nak menyesuaikan..... masam maaaak, aku anak jawa..... suak manis-manis, orang penang ni suka yang masam-masam pulak...... tapi kini aku dah sebati, kalau kena kari kepala ikan.....memang sedap, itu belum yang lain-lain, memang sedap....kesimpulannya, kini memang pandai masak, setanding ngan mak aku. Buktinya............. masa kawin baru 48 kilo....melidi....now, 82 kilo....hampir dua kali ganda, puncanya isteri aku pandai masak.

7. Kalau laaa pasal melawa....aku tau isteri aku pun lawa.....cantik laaa, dah 46 tau masih cun bagi pandangan aku.....lagi laaa waktu muda-muda. Malas.....no komen, selera masing-masing.

8. Ini yang malas aku nak cakap, kalau dia berpakaian dia nak sempurna, kemas dan rapi. Tengok terasa buang masa, tetapi kalau dia kemas pun...milik aku juga, kalau orang puji....isteri sape tu........isteri abu jugak..., terfikir jugak, kenapa dia masih stay bersama aku, yang aku makin hitam, makin boroi.....makin botak.....dan pasti makin tua, mungkin kasih sayang kami dan ikatan anak kami yang macam-macam ragamnya kut. Tetapi aku tau dia tetap sayang aku dan aku berjanji untuk menyayanginya selamanya. Amin

Dah lapan perkara yang baru aku tau bila aku berkahwin ngan isteri aku......

Ko orang macam mana ? Selera tak sama tau.....


1 ulasan:

Unknown said...

Sy suka adik abg yg namanya sama mcm isteri abg..

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...