CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

22 July 2010

Inilah ..... orangnya. Siti Rohani Binti Abd. Halim






Hari ini, Jumaat. Selepas solat subuh, aku rehat kejap sambil duduk di hadapan tv aku minum air teh, rasanya, ......tawar, memang laa sebab aku tak bubuh gula. Isteri aku sedang bersiap nak pergi kerja. Aku perhatikan saja

Semalam, boss aku, Pn. Salina binti Sparman tegur aku...... katanya "mengadap aje laaa kat komputer tu, kang susah jadinya ":.... aku faham maksud dia. Satu peringatan yang ihklas daripada seorang ketua dan juga sebagai teman dalam rakan sekerja. Banyak juga cerita dan pengalaman yang pernah kami sembangkan. Kami sebenarnya sebaya. tetapi tetap....yes boss.

Mungkin kini dah lebih 30 artikel yang aku tulis, bermula tak tau langsung apa dia blog, merangkak dengan cara menggunakan blog dan masih belajar. Kali ini mungkin aku khususkan kepada isteri aku.

Sebenarnya aku memang sayang kat isteri aku. Banyak pengalaman yang telah kami tempoh bersama. Tetapi rasanya semua baik-baik. Jarang laa kami ada masalah. Kalau tak ada bohong pulak.

Nama penuhnya Siti Rohani binti Abd. Halim. Dilahirkan pada 04.05.1964...... kalau diikut-ikutkan kini dah berusia 46 tahun. Telah menjadi anak yatim ketika berusia 8 tahun lagi apabila ibunya meninggal dunia. Mungkin kepayahan dan keperitan hidupnya tanpa belaian seorang ibu membolekan dia menjadi seorang tabah dan bersikap matang dalam banyak hal.

Memang betul...banyak yang aku tak tau pasal isteri aku ni...sebab kami tak pernah bercinta. Main tangkap muat aje..... ada cerita sebelum artikel ini.

1. Baru aku tau....bahawa isteri aku ni seorang yang suka mengaji...kalah aku. Suaranya sedap didengar walaupun bukan seorang qari. Aku cukup beruntung sangat memiliki isteri begini. Biasanya dia mengaji selepas sembahyang maghrib, amalan kita masa dulu-dulu untuk belajar mengaji selepas maghrib untuk ke rumah tok guru. Sebahagian besar sewaktu mengaji, aku akan berbaring sebelah dia dan kadang-kadang berbantal kan pehanya.... tak batal air sembahyang kerana biasanya dia mengaji dengan bertelekung. aku pun tak nak batalkan air sembahyang dia. sayup sangat dan rasa syahdu.... walaupun aku tak tau apa maksud yang dibacanya. Alahhhhh.......... anak aku tak kisah, mereka semua faham, mungkin mereka dah biasa tengok aku begini. Aku cukup terasa tenang mendengar aluanan suara qari pujaan aku.



2. Betul kata orang.....kawin ini satu gamble, maklumlah kita boleh berlakon semasa bercinta, kita tak tau sama ada isteri kita taat atau tidak kepada Allah swt........... bagi dia sembahyangnya memang dijaga, bahkan dia selalu mengingatkan aku...bukan aku yang ingatkan dia. dah tua pun kena diingatkan .... aku tak kisah, memang betul pun. Malu laa juga, tapi bagi aku, ini satu cara dia nak dapat pahala kut.... atau aku yang nak cari alasan. Tak kisahlah. syukur sangat dapat isteri yang taat pada Allah swt. Terima kasih laa kat ayah ( bapa mertua ) yang dapat membimbing dia dan memudahkan aku....kahkahkah.

3. Rasanya, tidak pernah aku terfikir bahawa selama ini bahawa seorang perempuan itu perlu pandai menjahit. Dan sesungguhnya isteri adalah seorang tukang jahit yang paling terror di kalangan sebelah keluarga aku. Banyak kelebihan yang akan sesiapa yang memiliki isteri yang pandai menjahit. Kalau raya, kompom tak pening kepala kat mana nak hantar baju nak tempah. Kalau nak buat baju melayu ke... baju kurung.... sebelah mata. Dulu baby aku ni ambik upah jahit kain..... tapi aku tak galakkan sebab.....sebab nak jugak.....sejuk laaa kita, pukul 1 pagi..... dok menjahit lagi. Sepuluh kali tengok kat penjuru katil ..... dia dok jahit ajer. last-last kita sedar subuh aje......

4. Satu perangai isteri ialah tak suka gerakkan orang tidur... termasuklah aku jika tertidur kat luar, depan tv.....sampai besok pagi laaa aku kat depan tv. Yang aku pelik....... dia tak tidur depan tv, dia mesti tidur atas katil......dengan sopan, berselimut, bersetoking dan rambut mesti disikat rapi..... itu yang aku suka. Katanya....tak mau ganggu orang yang sedang lena tidur.... kadang-kadang aku tidur ngan nyamuk.... mama o mama, geraklah abah kalau tertidur kat luar.. pesan aku.

5. Aku pun tak tau macam mana isteri orang kalau berpakaian semasa nak tidur, kami sebelum ini akan berkain aje..... maksud aku ialah mak, kakak dan adik-adik perempuan aku. Tapi bila aku kawin dengannya...... dia tetap akan berpakaian baju dan seluar tidur.....sampai kini ...dah 22 tahun aku hidup bersamanya.... tetap memakai seluar panjang dan berbaju tidur.... tak pernah berkain, takut terselak katanya...... ait kat suami pun tak boleh ke....tak boleh, katanya kena sopan kat suami.....hehehehehe.



6. Memang laaa, dah 24 tahun aku makan masakan emak aku yang disayang, tap-tap bila nyayi aku masak rasanya lain...berkerut juga aku merasainya....mau juga 3 ke 4 bulan nak menyesuaikan..... masam maaaak, aku anak jawa..... suak manis-manis, orang penang ni suka yang masam-masam pulak...... tapi kini aku dah sebati, kalau kena kari kepala ikan.....memang sedap, itu belum yang lain-lain, memang sedap....kesimpulannya, kini memang pandai masak, setanding ngan mak aku. Buktinya............. masa kawin baru 48 kilo....melidi....now, 82 kilo....hampir dua kali ganda, puncanya isteri aku pandai masak.

7. Kalau laaa pasal melawa....aku tau isteri aku pun lawa.....cantik laaa, dah 46 tau masih cun bagi pandangan aku.....lagi laaa waktu muda-muda. Malas.....no komen, selera masing-masing.

8. Ini yang malas aku nak cakap, kalau dia berpakaian dia nak sempurna, kemas dan rapi. Tengok terasa buang masa, tetapi kalau dia kemas pun...milik aku juga, kalau orang puji....isteri sape tu........isteri abu jugak..., terfikir jugak, kenapa dia masih stay bersama aku, yang aku makin hitam, makin boroi.....makin botak.....dan pasti makin tua, mungkin kasih sayang kami dan ikatan anak kami yang macam-macam ragamnya kut. Tetapi aku tau dia tetap sayang aku dan aku berjanji untuk menyayanginya selamanya. Amin

Dah lapan perkara yang baru aku tau bila aku berkahwin ngan isteri aku......

Ko orang macam mana ? Selera tak sama tau.....


You Mean Everything To Me, by Neil Sadaka


You are the answers
to my lonely pray'r,
You are an angel
from Above

I was so lonely
till you came to me,
With the wonder
of you love

I don't know how
I ever lived before,
You are my life
my destiny

Oh my darling
I love you so,
You mean ev'rything
to me

If you should ever
ever go away,
There would be lonely
tears to cry

The sun above
would never shine again,
The would be teardrops
in the sky

So hold me close and
never let me go,
And say our love
will always be

Oh... my darling
I love you so,
You mean
ev'rything to me



21 July 2010

Tak apa laaa....Bulan 10 kita pergi .....

Rasa sedih juga pagi tadi....bila mendapat keputusan bahawa pemergian isteri aku dan anak-anak aku keluar negara ditangguhkan. Semua dah siap.... pasport antarabangsa pun dah settel. Tinggal nak pergi aje...


Kesian anak aku laa, kalau isteri aku memang tak ada hal, dia nak pergi keluar negara dengan akak dan adik dia. Kalau mengikut perhitungan aku...isteri aku akan keluar negara 2 kali laa dalam bulan oktober ni..... hai melancung sakan nampaknya dia. Tapi aku tak berapa kompom sangat pasal cuti dia ni...... dah suruh bincangan adiknya agar pergi pada waktu cuti. Senang sikit.

Korang yang baca blog aku ni dah ada pasport antarabangsa tak..... dulu waktu kecik, kad pengenalan ini pun aku panggil pasport.... bila dah besar baru tahu..... mana identity card dengan pasport.

Harap-harap anak aku tak kisah dengan penangguhan kali ini...alaaa dia orang pun dah puas melancung......naik kereta, naik bas, naik keretapi dan naik kapal terbang..... naik bot besar aje belummmm, tapi naik feri Pulau Pinang, Feri Pulau Pangkor dan Feri Pulau langkawi dah naik...




Namun demikian, aku tetap kan pergi ke luar negara juga pada 4, 5, 6, dan 7. Ogos 2010.


Jom laaa semua, kita keluar negara...dapat tengok macam-macam perkara baru dan pengalaman yang menarik.............

Tapi aku belum pergi umrah .......macam mana yerrrrr

20 July 2010

Anak Wanita Aku...Siti Hawa Abu Bakar

Aku nak cerita ringkas aje......

Sayang kat dia kerana dah 5 tahun kami hanya berjumpa pada hujung minggu kecuali cuti sekolah. Maklumlah duduk asrama penuh.
Sekolah Berasrama Penuh Intragrasi (SEPINTAR), Kat Rawang.



Aku tak tau laaa, mungkin rekod kut....sepanjang 5 tahun kat sana, 4 kali aje aku tak datang pada hujung minggu. Lain FULL.............. aku sebenarnya rindukan anak aku ni.


Tahun ini...ambik SPM..... aku pun pernah jugak ambik SPM...dapat pangkat 1 lagi.. kalau dulu kira pangkat 1, 2, 3, dan 4. Kira aku cemerlang. Isteri aku dapat pangkat 2


Harapan dan doa aku semoga anak aku dapat pangkat 1 juga macam aku ...cuma sekarang lain kiraanya.......tapi kira cemerlang laa. Amin.


Itulah harapan abah, mama, along, ib dan sarah



Indon...oh INDON

Punya la aku meluat ........kut..... tapi aku pun anak Jawa juga. Lagi laa kalau dengar siaran radio era, asyik lagu indon aje......mana dia lagu Melayu, sebab aku pun fanatik juga ngan lagu yang diudarakan. dah tak lagu Melayu ke...

Ini belum lagi bab bab senetron ke.... dan entah apa benda yang keluar kat tv 3, tv 1 ....ini tak termasuk astro.

Tapi entah sekarang....... aku memulai minat lagu dan cerita indon. Cerita gini...masa aku hantar anak aku temuduga Adam kat USM, kami ada pergi kat lorong kulit.... ala cerita aku sebelum ini. Aku beli CD geng budak WALI. Maka sepanjang perjalanan balik aku pasang lagu Wali...., sebagai teman. Isteri aku dan anak-anak semuanya tidur.....sepanjang perjalanan. Maklumalah malam. Tidur laaa. tak kan pulak aku nak tidur . Kat situlah aku jatuh cinta dengan lagu indon.


Dan baru-baru ini sewaktu aku hantar adik masuk UPSI, terdengar lagu ayat-ayat cinta dalam radio. Sedap betul suara Rossa. Aku pun beli CD dia.



Isteri aku tanya.... tanya " Tak pernah dengar lagu ni ke " Entah aku jawab. Ibrahim anak aku cakap kan kita dah tengok wayangnya dulu. " Hah .....bila ? aku kehairanan. Maka berketawalah isteri aku dan anakanda aku. Arakian rupanya aku tak tengok cerita Ayat-Ayat Cinta kat cinema, walhal mereka semua dah tengok. Aiiii bila pulak mereka pergi...tak ajak abahnya ke ?

Alaaaa isteri aku faham..... aku punya laaa cari CD kat Tanjong Karang, Sekinchan, Sungai Besar dan Kuala Selangor.... Tak putus asa. Cari laa Bang ..... sampai dapat pesan isteri aku, boleh juga temankan tengok cerita tu. Aku diam. Sabar...pasti dapat cari CD tu.

Ahad, aku pergi kat Jaya Jusco.... kena cari sampai dapat...boleh laa tahan membelek-belek, kat setengah jam....
HAAAAAA dapat aku...
CD
AYAT-AYAT CINTA..
Terus balik.
Lepas makan malam ajak ISTERI TERSAYANG tengok Cerita AYAT-AYAT CINTA




bEST gILLeR.



p/s: Agak-agak isteri aku nak tak payung emas........... kekekee

19 July 2010

Songkla ....On

Baru dapat berita bahawa lawatan yang dianjurkan oleh NUTP cawangan Selangor akan dilaksanakan. Sekarang tinggal lagi kelulusan daripada kementerian saja bagi mendapatkan cuti tanpa rekod. Harap-harap semuanya settle.



Kalau pergi ke Songkla, tak lengkap kalau tak jumpa dengan Ratu Duyung.......




dan perlu laaa jumpa gagah.....


Sebenarnya aku pernah ke negara gajah putih ini......dulu...

Buku Baru ......Aku ........19. 07. 2010 (Isnin)

Tak tau nak buat apa....ajak isteri dan anak pergi Shah Alam, buat pasport antarabangsa. Cadang-cadang nak bawa anak melancung ke luar negara. Tak tau....nak pergi mana. Thailand, Indonesia atau Singapura.

Saja cari negara yang mudah dapat makanan...maklumlah bawa anak dengan isteri.

Dah siap urusan pasport....dan collect hari Rabu. Kebetulan hari itu bawa peperiksaan gigi Siti Sarah di hospital Kelang. So tak ada masalah nak ambik nanti.

Turun daripada pejabat Imegesen.....betul ke ejaaan....round kat ruang lobi kompleks PKNS sambil cuci mata. Sambar 3 buah buku. Ambik ...bayar ...dan cabut, kalau tak nanti lagi banyak buku yang aku pilih. Berantu kalau dengan buku. nasib baik tak kat popualar.... mau lagi banyak.






Mau beratus ringgit kalau beli buku pada pesta antarabangsa buku kat pwtc..... rasanya tahun ini aku habis kat sana aje lebih RM500.... macam-macam ada. Syok membeli.

Buku boleh jadi pinggan mangkuk...sebagai koleksi.

18 July 2010

Team building..Melayunya, kumpulan bangunan kut ?

Pagi ni ada aktiviti team Building yang dianjurkan oleh badan kaunseling sekolah aku sempena aktiviti hari pelanggan atau hari menandatangani kemajuan pelajar bagi pertengahan tahun 2010. Ramai jugak pelajar yang datang dengan berpakaian baju koko dan mana yang berpakaian yang merepek.... kena balik, tukar baju.



Seluar cekang kena koyakan atau tetas dan rambut semacam aje kena sodok. Aku yang sodoknya. Macam tak tau perturan sekolah aje.....






Ada dua tiga aktiviti yang melibatkan kerjasama antara satu sama lain. Kerjasama ini yang membolehkkan mereka menjuarainya berdasarkan kelas.



Lucu bagi acara meminjak kertas...... dan isi air dalam plastik...kuyup budak-budak tu..air kolam ikan...tentu ada taik ikan. Ikan keli dengan ikan talapia.



Busuk betul.......




Ehhh 1834.... alamak ........34


Letih jugak rasanya... jam dah pukul 10.30pm. Baru sampai..... mengajar petang.... habis sekolah bergegas pulak turun Kuala Lumpur



Sebenarnya aku baru sampai kat Hotel Grand Season, kat kuala Lumpur. Ada meeting Majlis Bersama Kerajaan, kumpulan Pengurusan dan Profesional. Dirasmikan oleh Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara, esok ....... jam 9.00am. Tarikh 17.o7.2010.


Masuk hotel....layan dulu FB sambil minum air masak dan makan biskut. Rasa kenyang pulak... sebab belum datang kemari dah makan nasi. Main games.


Jam 11.45 aku turun ke kereta dan ambil baju balzer, baju dan kasut untuk pakai esok. Sampai depan pintu bilik.....aku cucukkan kad...ai tak mau...cucuk tak mau...cucuk lagi.... tak mau, penat ni....mengantuk.... cucuk lagi tak mau...ah meragam pulak pintu....cucuk lagi...tak mau jugak... mula laaa angin, apa pulak masalah pintu ni.... cucuk lagi...tak mau jugak.

Entah... tiba-tiba seorang bell boy lalu, tanya dia kenapa pintu ni tak boleh dibuka ? Dia cakap "cucuk kad tu...pas tu....tendang sikit, biasa la kadang menyelap juga pintu ni" aku cucuk tak mau juga. Aku tendang tiga kali...... terbuka pintu " What wrong brother....." Alamak orang India buka pintu dengan berpakaian seluar pendek, mak datuk bulu dada dia, meremang juga aku. " This my room" aku tunjukan kad aku....... aku tau aku dah salah bilik....mana bilik aku. Blank lansung...aku lupa bilik aku rupanya ini bilik 1834. " Sorry sir...i forget where are my room" Alamak..... mamun aku ni....

Aku yang termalu-malu.....terus beredar dan turun balik ke grandfloor...... tanya kat reception, semak nama aku, nombor berapa bilik aku....... alamak 2134 laaaaaa....

17 July 2010

Awek Futsal....Suka suki Girls Crew...Johan

Saja nak ucapkan tahniah kepada budak-budak sesi petang tingkatan 2 yang berjaya memenangi kejohanan kali ini.





Ingatkan mereka kalah...maklumlah lawannya budak tingkatan 5, 6 dan 4. Siap latih lagi kat Batu 7 lagi tuu...padang futsal.



So...mereka menang, dan aku dah janji kalau menang akan belanja budak-budak ni...makan kfc ke, kopitiam ke, old town white coffee, atau fizza hut atau kat secret racepy. Huh ...budak tu pilih KFC katTesco. Kalau pilih kat secret recepy.....naya aku. Mungkin budak budak ni tak biasa makan kat situ kut...






What ever pun...tahniah kepada pasukan Suka Suki Crew .........Aisyah, Mai, Fatin, Aina, Faizatul dan Norazira. Tahniah











Hamidah dan Amira adalah penyokong setia. Terima kasih.

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...