Kini menjelma tahun 2012, bermakna telah 7 bulan aku menyandang jawatan sebagai Pengerusi National Union Of The Teaching Profession Paninsular Malaysia ( NUTP ) atau juga dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK)untuk Cawangan Selangor.
Daripada menjadi ahli biasa, belajar dan bertatih kepada perwakilan, merangkak kepada AJK, berdiri kepada Penolong Setiausaha ....... dan kini aku memegang jawatan sebagai Pengerusi di Cawangan Selangor. Di samping itu aku juga sebagai EXCO, Penolong Setiausaha Biro Bahasa Melayu dan AJK Biro Penerbitan.
Terima kasih kepada semua ahli yang memberikan sokongan kepada aku, semua AJK cawangan Selangor yang memberikan kepercayaan. InsyaAllah aku akan memikul amanah ini dengan penuh kejujuran.
Sehingga kini keahlian di negeri Selangor menjangkau kepada 27 000 orang ahli.
05 March 2012
National Union Of The Teaching Profession Paninsular Malaysia
Dicatat oleh Abu Bakar Bin Haji Semaat di 8:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment