CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

05 January 2011

1 Syawal 1431 hijrah









lafaz 2

selesai sahaja bersolat maghrib, aku terus mendapatkan emak....dadanya beralun laju sambil ku pegang erat tangan emak. aku genggam erat dan aku ramas jari emak aku..... tidak ada tindak balas seperti maghrib semalam. aku hanya menangis teresak-esak menyaksikan tertutup rapatnya ke dua-dua belah matanya.

hanya laungan takbir yang mampu aku perdengarkan dicuping emak tersayang kerana telinga itulah yang selalu mendengar segala rintihan aku semenjak aku dilahirkan sehingga aku dewasa.

setelah berulang kali aku bertakbir...aku mohon balik kerana hari ini adalah 1 syawal 1431. InsyaAllah esok aku akan datang lagi.


selesai solat aidilfitri, aku dan keluarga bergegas kembali ke hospital tengku ampuan rahimah kelang. dengan iringan takbir kami semua menerima bahawa emak tersayang telah meninggal dunia selepas solat jumaat.







aku puas ...sepuas-puasnya kerana dapat membantu emak semasa hayatnya kerana bagi aku..
segala yang aku nikmati selama ini adalah kerana emak dan bapa aku.



1 ulasan:

Unknown said...

Al fatihah
Sem0ga r0h arwah wak wedok di cucuri rahmat Allah swt

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...