CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

16 January 2011

Punk Rock Jalanan Original



suka sangat lagu ni....
tapi aku dengar dalam pelbagai versi.

tapi yang ini paling best kut..







semoga terhibur dengan lagu pilihan ini


15 January 2011

serapan pagi kat kuala lumpur


selepas solat pagi, aku dan isteri aku terus pergi ke kuala lumpur.
aku ada program dengan datuk shahrizat jalil di tnb bangsar, kuala lumpur. isu memperdagangkan orang

sampai depan um
aku kol member nordin yang tinggal kat kelang,
"din...ko kat mana"
"kat rumah ..."balasnya

"tak pergi bangsar ke ?" ujar aku
" minggu depan laaa...."sahutnya pula

hah...cepat cepat aku tengok surat jemputan. sah memang hari sabtu tapi bukan hari ini ....
sabtu depan.


aku cakap kat isteri aku...
JOM SERAPAN KAT KUALA LUMPUR.....

HAHAHAHAHAHA

kami makan nasi lemak


aku minum teh tarik
dan
isteri aku minum milo suam

sedap juga...

makan nasi lemak

pedas jugak

mungkin orang ni pun sama macam aku
nak pergi mesyuarat kat kl
tapi minggu depan
hahahaha

minum dengan 4 group geng moto berkuasa tinggi

group bmw

group kawasaki

group ducati

antara penunggang ducati
hadapan milik suami - merah
tengah milik isteri - merah
belakang milik anak - biru

11 January 2011

projek pandan wangi


pandan wangi



aktiviti penanaman pandan wangi telah lama berkembang di kampung sungai sireh,
aktiviti ini ditanam dicelah-selah pokok kelapa sawit dan menjadi pendapatan sampingan kepada para petani




atas perkara ini projek dengan pertanian pandan wangi ini telah menjadi projek parlimen tanjong karang, 1 kampung 1 produk.


untuk itu ketua kampung sungai sireh ustaz haji abdul hadi bin muhammad dan jabatan pertanian yang diwakili encik zakaria telah berganding bahu untuk menjayakan projek ini
dengan memberikan bantuan anak pokok, baja dan racun.


peserta yang menghadapi masalah pertanian pandan wangi

lebih 30 orang peserta baru berminat untuk menanam pandan wangi dan peserta yang sedia ada seramai 65 orang

mengemukakan masalah




pemasaran pandan wangi tidak rumit terutama pada hari perayaan

daun pandan yang telah siap untuk di pasarkan


mengikat dengan getah dan aktiviti pengumpulan pandan wangi



10 January 2011

othman bin semaat - siri 2( remaja )

salam

al-fatihah untuk adik aku othman bin semaat

sebenarnya gambar ini diambil sewaktu beliau pergi mengikuti aku rombongan sekolah kebangsaaan sawah sempadan ke cameron highland. kalau tengok gaya bukan main rambutnya... alaa lagak a. mahmud. satu kartun yang top di majalah humur gila-gila.

kasut tu pinjam... nak berlagak, kasut cikgu roslan rahim...seluarnya senteng...mak datuk. ini anak murid aku darjah 6, kalau tak silapnya namanya norhidayah




gambar di atas pula adalah gambar di pantai sungai kajang. bukan aje pokok ni dah tak ada
pantainya pun dah tak ada....
sebab hakisan.
habis hensem...............



ini beliau bersama jujuh...dan yang duduk itu....
adik den. tengok rambutnya...
kerinting semulajadi
dan ini di ruang dapur rumah lama

ruang gambar ini diambil ketika di ruang rumah atas
pakai baju aku.. apok yang bagi ... sebab itu ada lambang australian matrikulasion
walaupun dah lama tetap ingat.


ini pulak
gambar dengan imah....kurus lagi,
pokok kelapa sebelah ini dah kena tebang. tengok seluarnya... yengki


ini adalh ciri-ciri dia yang sebenarnya...
panggilan abang bukan dia abang...
tapi dia suka dengan warna merah.
suka berlagak.....
kasut aku punya
adidas rome namanya


gaya dengan jari di dagu amat popoular pada masa kini
rupanya abang dah bergaya dengan cara begini

tengok abang dengan adik den....
putih macam tepuk gomak....bibir den, merah.....
habis semat abang


gambar ini aku tak tau kat mana....
ini gambar bersama johar hasan ( kiri ) dan tengah adalah razali kasan
johar masih di kampung buat bendang... 15 keping
razali tak tau... mungking di puchung dan adalah pengikut setia haji kahar ( rasul melayu )
tapi tak tau laaa sekarang.....
harap-harap dah taubat


othman bin semaat - siri 1( kanak-kanak )

salam.

al-fatihah untuk arwah adik aku othman bin semaat


sengaja aku melakar blog ini ini untuk tatapan anak-anak dan juga balu yang ditinggalkannya dan juga seluruh adik beradik aku. Gambar ini hanya ada dalam simpanan aku

nanti akan aku keluarkan satu persatu.



rasanya gamabr ini diambil ketika mengikuti rombongan sekolah kebangsaan sungai sireh
tengok rambut abang... kerinting.



dan tegok gambar di atas ni...bersama kancak dan yang didokung tu adalah adik den.
sampai besar, abang dan kancak memang rapat.
saling tolong menolong......

ketika ini gambar mengikuti program angkat bersama angkatan tentera


abang cukup suka bila rumah sukan pun warna merah



turut serta dalam aktuiviti ini ialah cikgu muhammad naim (cikgu naim )


gambar ini diambil di sekolah semengah dato harun. Belakangnya bilik ert dan asrama
putri sekolah menengah dato harun. seluarnya cekang.

ini trak yang dipandu dek abang angkat abang selapas menjadi
program anak angkat

rasanya gambar ini diambil sewaktu abang darjah 5 di sekolah kebangsaan sungai sireh.
Ini adalah lukisan gambar dinding (muaral)
cikgu salleh atau dikenali cikgu tompel
kat mana agaknya cikgu ni sekarang.


09 January 2011

kecilnya kasut tu (09.01.2010)


sebenarnya aku terkejut daripada tidur bila anak aku ibrahim menggerak dari lena tidur aku.


"Abah ada ulat kat depan" jeritnya. Bergegas aku bangun dan terus menerpa keluar. "dah nyorok kat kotak"ujarnya ib bila aku kat mana

maka belakulah episod aku memunggah kota.... dan ketemulah ular sendok...dalam meja, bukan dalam kota. ular tu mati aku dan berahim bunuh. silap tak ambil gambar ular tu.

sebenarnya yang nak aku cerita sebenarnya ialah semasa memunggah kotak tu terjumpa tiga kotakkasut anak-anak aku, .......... adam, angah dan ibrahim. keciknya.....












cepatnya masa berlalu. aku dan mama tersenyum dan kami tetap boleh mengecam kasut siapa walaupun dah hampir belasan tahun masa berlalu.









cantik lagi kasut tu.... tapi siapa nak pakai lagi. mama suruh bakar aje.... tapi aku cadangkan agar simpan ajae... bukannya luak pun kalau disimpan lagi.







nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...