CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

20 August 2010

Tawarikh atau Terawih....

Mungkin budak budak tak pearsaan dua perkataan yang aku tulis ni kalau tak baca betul-betul.
atau anggap aku salah tulis.
Memang betul ape.....anak aku pun cakap macam tu...
abah salah eja....apa laa dah jadi ciku pun salah eja
aku ketawa...

Bukan mereka saja, aku dulu pun anggap bahawa ini adalah salah ejaan
Nak sebut pun tak betul

Dan kadang-kadang aku salah gunakan perkataan ini.

Aku gunakan perkataan tawarikh untuk penggunaan tarawih

Bagi mereka yang tak tau, khususnya anak-anak aku adalah;

Terawih adalah amalan ibadat sholat di malam bulan Ramadhan sahaja
Tawarikh adalah mata pelajaran.....kini di panggil sejarah

Hampir sama bunyinya walaupun perkataannya berbeza.
Waktu tu aku darjah 4, Sek. Keb. Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor DE
ada latihan menyebut perkataan tawarikh dengan terawih....
Banyak yang salah...
termasuk laaa aku, siapa yerr ustaznya, aku lupa.
Terima kasih laa ustaz yang mengajar aku erti sholat terawih....

Kini aku mengajar anak aku pula
Sholat Terawih

0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...