CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

01 July 2010

Muhammad Adam 2


Sengaja aku munulis siri ke 2 Muhammad Adam ini sempena hari pendaftaran adam ke Universiti Sains Malaysia. Sebenar aku juga adalah alumunai USM kerna aku juga pernah belajar kat sana pada tahun 1995. harapan aku agar anak boleh belajar dengan selesa sebagaimana aku dapat belajar dan menysesuaikan diri aku di sana. Rasanya banyak ilmu dan pengetahuan telah aku curahkan kepada adam, walaupun kadang-kadang terpaksa bertegang urat dengan adam..... adam terpaksa belajar lebih kuat dan apa yang diharapkan agar adam lebih matang, gunakan apabila akal fikiran sebelum bertindak kerana aku dan isteri aku mengenalinya sejak lahir..... suka terburu-buru membuat keputusan dan mempunyai tanggapan bahawa segala keputusan yang telah dibuat adalah betul. Menjadi harapan agar adam semakin matang apabila berada di USM dan bijak dalam membuat segala keputusan tanpa campur tangan kami berdua. Amin...

Setiba di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, satu tujuan aku adalah untuk ke ruang ibu bersalin, tingkat 1. " Akak bilik mana tempat orang bersalin " sempat aku menyapa seorang misi yang sama-sama naik tangga ke tingkat 1. " Sebelah kiri aje dik, tengok ramai lelaki .....aaaa kat situ laaa. " Jelas ringkasnya. Aku hanya mengangguk kepala. Sebenarnya aku penat kerana hampir 8 jam dari Ipoh, makan pun belum lagi. Hanya minum air kotak aje.

Sesampai aje aku ke libraryroom tu ........ aku masuk menyonyong setelah mengetuk pintu, aku tengok kat-kat 8 orang sedang baring atas katil untuk persiapan bersalin. Aku pandang satu persatu...... tak ada pulak isteri aku. Kata emak anie, dah nak bersalin. Tak ada pun...... kat mana yerrrrr. Pelik pulak. Kalau bersalin tentu Mak Ngah bagi tau. Ulang sekali.....tengok puas-puas. Kompom memang tak ada isteri aku. Apa yang aku perhatikan gelagat tingkah laku dan suara kaum ibu nak bersalin. Macam-macam ragamnya.................

" Ooooooi dik ..... ko buat apa dalam bilik ni " satu suara yang agak keras daripada belakang aku, dan bila aku toleh, seorang sister kut,,,, misi senior. " Maaf laa kak, saya ni nak cari isteri saya...... mak saya kata dia nak bersalain, saya tak dapat ikut dari Tanjong Karang, kerana saya sedang mengikuti kursus kat Ipoh ...... tu sebab saya masuk bilik ni, kut-kut boleh jumpa isteri saya " Jelas aku bersungguh dengan agak sopan kepada misi tu.

" Ko nampak isteri ko..... " Sampuk misi tu lagi. " Tak........" Balas ku. " Kalau encik nak tau... di sini orang lelaki tidak di benarkan masuk....ko nampak orang tengah terjerit-jerit nak beranak, malu laa dia orang..... tau tak " Keras jugak suara misi. " Tapi saya nak cari isteri saya....." Sambut aku. " Tak ada.... ko keluar " Katanya. Aku keluar.... terus terang aku katakan bahawa aku memang tau perkara ini, dan aku juga tak ambil peduli langsung tentang peristiwa yang berlaku di kalangan ibu ibu yang nak bersalin. Di sini aku mohon maaf kepada semua ibu jika merasai tidak selesa atas kehadiran aku di kala itu. Memang banyak ragam..... walaupun aku berada hampir 10 minit dalam bilik itu.

Di luar, sekali lagi aku bergegas ke ruang pendaftaran pula..... nak kesan di mana kedudukan isteri aku... kesian dia seorang-seorang diri. Anak sulung. Daripada situ, baru laa aku tau bahawa isteri aku akan menjalani pembedahan kerana....... apa, lupa pula. tetapi yang pasti ianya pramatang, baru 7 bulan dan aku juga diperjelasankan agar tunggu sahaja diluar bilik bedah tingkat 3 sahaja. Dikesempatan ini aku pergi solat maghrib dulu, sempat baca yasin.... dan pergi kantin. Makan. Lapar sangat.

Lupa laaa tapi lebih kurang pukul 12am aku dikejutkan oleh seorang misi bahawa isteri aku telah selamat menjalani pembedahan untuk anak aku....... " Isteri kamu belum sedar lagi dan sekejap lagi anak kamu akan keluar " Penjelasan misi tu... Aku hanya mengangguk saja.... Tak lama kemudian baru laaa nak aku keluar, dalam inkubeter. Aku dapat lihat dia sewaktu mengiringnya masuk ke bilik khas untuk bayi yang baru melalui pembedahan. Di panaskan macam kebab tu.... panas. " Kak boleh tumpang tanya..... kalau nak di azankan, macam mana ni, panas tak boleh angkat ke.....uara ku mohon bantuan pada misi itu. " Kenapa tak pernah tunduk ke.. semua orang macam tu " ulasnya lagi. Nak tak hendak aku mula mengazan di telinga kanan dan iqamat di sebelah telinga kiri " agar dengan azan aku berharap anak aku ini akan sentiasa taat kepada Allah swt, patuh kepada ibu bapa dan menghormati adik beradik serta semuat di dunia ini.

Selesai tugas pertama aku....aku lihat adam, kecilnya... besar lengan aku aje, dan kepalanya muat dalam tapak tangan aku, matanya terkelip-kelip, matanya besar sangat, kulitnya mula mengering..... akibat daripada pemanasan..... tapi senyap. Tak menangis...sebijik macammmmmmmm....tanya laaaaa kat mamanya. Setelah berpuas hati aku tinggal adam dan cari mama dia pula, kat mana. Setelah mendapat penjelasan baru aku dapat lihat daripada jauh isteri aku yang telah aku tinggalkan hampir 3 minggu lalu kerana berkursus. masih belum sedarkan diri lagi. Akhirnya aku pun terlena di tepi dinding hospital.

Esoknya aku aku bergegas ke wad 1, isteri aku dah sedar daripada lenanya. Dia mengadu kena opration secara menegak... sakit sangat. Aku hanya dapat memujuk secara terbaik dan tahu tahap dia ketika ini.Ingin sangat dia nak tengok anak...kerana orang lain selepas bersalin akan melihat annaknya dan kemudian berada di sisinya. Aku menjelaskan bahawa keadaan ini tidak boleh kerana keadaan anak begitu. Setelah keadaan tenang, dengan segala kekuatan, kesakitan dan keinginan tinggi ingin melihat anaknya yang telah dikandung selama 7 bulan. Dengan bantuan kerusi roda perlahan lahan aku menolaknya ke wad di tempatkan anaknya. masih dalam inkubeter...terkejut sangat bila melihat anaknya macam....................... di sebelah adam...adalah Fatimah, sama macam dia cuma dia lebih 0.2 kilo..... terkejut...


0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...