CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

17 July 2010

Hari Keusahawanan

Seronok melihat bagaimana cikgu-cikgu sibuk menyediakan aktiviti untuk hari keusahawanan. Budak-budak pun sama jugak. Asalnya aku nak juga niaga bundle...seluar jeans anak aku dan juga kasuk aku yang lama.... camel ade, lerie dan entah apa lagi. Kasut Hawa lagi laaa banyak.... Tapi aku tengok macam tak jalan aje yang ada. So aku batal kan niat aku.


Tapi aku niat nak sedekah aje RM70 hari ni dalam bentuk belanja budak-budak yang datang minta belanja. Tapi semua dalam bentuk makanan. sedekah sedikit laaa kat sekolah aku... yang banyak membantu aku dalam beberapa perkara terutama pengetua aku dan boss aku Pn. Salina binti Suparman.



Macam-macam aktiviti yang dilaksanakan... jualan makanan, minuman, bundle, permainan, games komputer, wayang lagi, basket ball dan futsal lelaki dan perempuan.











Tahniah.... kepada pasukan guru lelaki yang menjadi johan lelaki dan sukasuki crew daripada tingkatan 2 yang menjadi johan perempuan. Memang sengit guru lelaki yang menewaskan budak-budak 6 atas. Mentang mentang cikgu dah tua...nak dikunyitnya, harap kudrat aje.....skill .... hampeh. Dan yang nak tergelak....team sekolah pun hancus....





Aku pun bangga kerana menjadi pengadil futsal yang mantap...... kalau tak aku, mau bungkus juga cikgu..... harap Zaki..... lempoh dah. Harap khalid aje yang sanggup jadi supporter yang setia.


0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...