CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

nuffnang

01 June 2010

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Bersama Petani

Hari ini 01. 06. 20101 terlerailah segala permasalahan yang ditimbulkan oleh ADUN Sekinchan daripada DAP yang menyatakan bahawa harga padi yang tidak sekata di antara satu tempat dengan tempat yang lain dan sebagai langkah mudah membawa kepada demontrasi yang di adakan di Kompleks Kilang Beras Nasional, Sekinchan. Dan dimaklumkan juga bahawa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah menghantar surat kepada hero petani untuk majlis perjumpaan dan perbincangan isu harga padi. Tetapi YB Ng Suee tidak dapat hadir tanpa penjelasan yang nyata.

Ramailah Panglima-panglima daripada kementerian daripada MARDI, BERNAS, Jabatan Pertanian, PPK dan sebagainya membantu memberikan penjelasan terhadap petani. Pelbagai soalan yang dikemukakan dan dapat dijawab dengan sempurna oleh Menteri, YB Dato Seri Haji (DR) Haji Noh bin Haji Omar.

Isu utama ialah harga padi ........ kerana pihak pembeli swasta yang berlumba-lumba untuk membeli pada harga tinggi sehingga 1 tan bersamaan RM1400 dan ada yang menbeli RM1150. Perbezaan inilah yang menjadi permasalahan. Menurut menteri, kerajaan hanya meletakan harga asas, dan jika ada pihak yang ingin membeli dengan harga lebih tinggi, kerajaan tidak akan menghalang dan ini tentu menguntungkan petani.

So sebagai petani, seperti aku.....maka suka hati laa kat mana aku nak jual. Tapi aku tetap jual dengan PKK kerana aku adalah ahli dan cuba membantu Pertubuhan Peladang dengan sedaya upaya. Aku pernah mendapat bantuan PPK sewaktu aku cemerlang dalam SPM. Ala RM70. sebab bapa aku ahli PPK, tapi amat besar bagi aku dan aku tak lupa jasanya. Sekarang aku pul;a menjadi ahlinya dan membeli saham PPK. Anak ku dapat masuk USM, tak ada ke untuk anak ahli seperti aku dahulu. Adik aku pun dapat strike A,.... tak ada ke sumbangan sebab emak aku pun ahli PPK

Terlupa pulak aku..... semasa taklimat disampaikan, ada yang terjerit-jerit bagaikan hantu polong....... juak-juak pas atau pkr agaknya....sebab aku kenal orang UMNO. Bila dijemput untuk bercakap dan diberikan copong..... tak tercakap pun. Hadirin punya laa bising, dan ada yang booo dan berbagai lagi....

Alaaaaa adik datang pulak nak pinjam broadband. Esok sambung.

0 ulasan:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...